Saturday 28 December 2013

Luahan Jiwa Yang Pudar : TITAS

Aku,
Bakal,
Menghadapi,
Peperiksaan Sesi 2013/2014,
Pelajar ijazah sarjana muda yang dah bakal menjelang,
Aku pula semakin tidak tentu hala tuju,
Tiba-tiba aku jadi hilang arah,
Tidak tahu macamana nak belajar,
Dan itu seringkali terjadi di saat aku bakal menghadapi peperiksaan.

******************//********************

Diploma dulu,
Aku cuba mengatasi keadaan,
Aku lihat kawan-kawan yang mula sibuk belajar,
Persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang,
Cuba untuk cemburu dengan kegigihan mereka,
Aku cuba mengikuti rentak,
Walaupun cemburu itu maya, yang sengaja aku adakan,
Alhamdulillah, paksaan yang aku wujudkan sendiri,
Buat aku meneroka ke jalan ku sendiri,
Dihalangi benteng kejahilan,
Aku mula meneroka sendiri,
Cuba melepasi benteng-benteng yang ada,
Tanpa perlu lagi aku merasa cemburu kepada kegigihan kawan-kawanku.

******************//*****************

Setahun lebih aku tinggalkan perjuangan pembelajaran itu,
Kini aku kembali lagi,
Dengan namanya ijazah sarjana muda,
Kadang buat aku lemas sendiri tatkala cuba sampai di seberang lautan,
Lautan yang 4 tahun lamanya untuk sampai,
Aku kembali berhadapan dengan situasi yang sama.

*******************//******************

Tiga set peperiksaan pertama yang berkonsepkan teori,
Teori = Hafalan,
Masih mampu kah aku?

**************//**************

Kubelak helaian demi helaian,
Membaca tiap baris perkataan,
Duduk aku menelaah,
Hatta gagal dalam ketabahan,
Aku teruskan membaca di tempat pembaringanku,
Bagaimana mungkin bisa aku tanamkan setiap idea cetakan di helaian ini,
supaya tersemat kukuh di ingatan,
Agar boleh ku huraikan semula bila aku memerlukan,
Baca dan teruskan membaca,
Tamadun Islam, 
Tamadun Melayu,
Tamadun India,
Tamadun China,
Bila saja kubelek sekilas bab Tamadun India,
Hampir saja aku kehilangan motivasi untuk meneruskan pembacaan,
Kelahiran tamadun, Agama yang wujud, 
kepelbagaian ajaran yang berkonsepkan prinsip masing-masing,
Sumbangan tamadun2 yang aku kira jauh dari suasana persekitaranku,
Yakinku mustahil sungguh penerangan sepanjang ini,
Menyerap masuk ke mindaku yang lena ini.

*******************//********************

Helaian kertas berbutirkan tulisan cincaiku,
Kucapai laju,
Meskipun butiran secincai itu,
Itu merupakan coretan-coretan tips yang ku dengar,
Meskipun tanpa kesahihan yang benar 100%,
Kukumpulkan kembali keyakinan dan semangatku yang pudar,
Kuandaikan masa begitu mencemburuiku,
Walhal, di hari yang lalu aku bergoyang kaki,
Bersenang hati suka,
Fokusku cuma atas coretan cincai itu,
Selebihnya aku hanya mampu bertawakal.

Monday 16 December 2013

Bayanganmu

Aku memandang bayangmu berdiri sepi,
Meskipun dirimu jauh,
Bayangmu mendekat,
Seakan-akan sentiasa dekat menemaniku,
Walhal itu cumalah khayalanku,
Mengapa harus penantianmu jelas di pemandanganku,
Buatku selalu tertanya-tanya,
Siapa gerangan dia yang kau nantikan?

Friday 6 December 2013

Langkah terakhir

Bila pintu hatiku diketuk,
Termanggu aku dilemma,
Buat tempoh yang lama,
Mencapai kekuatan yg ada,
Aku menuju ke pintu itu,
Tanpa aku sedari ketukan itu telah lama terhenti,
Kerana ada insan dah mempelawanya,
Aku hanya mampu tersenyum,
Memandang langkah terakhirnya yang berlalu pergi,
Jauh meninggalkan ke arah ku,
Setiap detik ada laluannya,
Cepat atau lambat saja penentuannya,
Biarpun yang pertama kalinya buatku,
Namun jika ianya bukan untukku,
Sememangnya detik kelengahan itu,
Ada hikmahnya buat orang lain,
Segalanya berhikmah,
Sabar itu prosesnya pengorbanan kehendak,
Bagi menunjukkan indahnya keperluan sebenar.

-Budak Bintang-

Thursday 5 December 2013

Ukiran Memori DI Hati

" Terima kasih atas segalanya,
Yang telah kau beri amat ku hargai,

Semua ku simpan di dalam hati,
Penuh riang tawa mesra,
Terus terukir di hati " - Terima Kasih oleh Iamneeta.


Kedengaran setiap bibit ayat yang dialunkan,
Menyeret ingatan ku kepada perasaan lalu,
Yang aku cuba redakan,
Namun pasti ada saja,
Yang buat aku teringat padanya.

Aku kata ingin lupakan perasaan itu,
Namun aku tak buat apa-apa pun selain menyibukkan diriku,
Walaupun aku mampu,
Dek kerana kesibukkan,
Keazamanku untuk berpegang kepada kata-kataku,
Aku lama tak follow up news dari dia,
Tak tanya khabarnya,
Kerana aku sendiri rasa tiada arah,
Tiada benda yang nak dibicarakan,
Akhirnya, aku hanya menunggu,
Menunggu sesuatu yang tak pasti.

Mungkin kerana itu,
Sesekali aku terlupa akan dia,
Adakalanya sehingga berminggu-minggu lamanya,
Bila aku tersedar hakikat itu,
Mulanya gembira kerana aku fikir aku telah dapat bebaskan bayangannya dari hidupku,
Lama kelamaan, aku rasa sesuatu,
Jauh di sudut hati,
Jauh dari senyuman wajahku,
Jauh dari gerakku yang lincah,
Yang cuba menghadapi hidup ini seadanya,
Aku,
Rasa,
Kosong,
Kosong yang tak tercapai dasarnya,
Apa dayaku, selain berdoa,
berharap yang terbaik dari Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya,
Di sebalik semua kejadian.


Tuesday 3 December 2013

Bachelor Of Engineering (Honours) (Product Design Engineering) Semester 1, Year 1

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.


Post kali ini kutampilkan khas buat mereka yang meminati bidang 
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rekabentuk Produk).

Mengapa Tiba-Tiba Nak Buat Post Ini?

Berdasarkan pengalaman aku semasa nak pilih kos untuk sambung ijazah sarjana muda,
aku cari silibus di internet ini punyalah susah untuk setiap kos yang aku mohon dalam upu. 
Sebab aku nak tahu juga apa yang aku akan belajar kalau aku nak ambil kos tu kan,
tak lah aku rasa macam salah pilih kos seperti masa aku pilih kos untuk diploma di politeknik dulu.


Diploma? Apa Kaitan?

Minat Lukisan Kejuruteraan, nak jadi guru Lukisan Kejuruteraan, perkara pertama aku terfikir "Arkitek".
Tapi masa itu, aku tak tahu pun nak jadi arkitek tu nak ambil diploma apa. 
Apa yang aku tau, ada kaitan dengan kejuruteraan awam. jadi pilihan pertama aku untuk poli tu, 

1. Diploma Kejuruteraan Awam

Pilihan kedua pula, aku buka majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said (SMATS), Alhamdulillah, disertakan kelulusan akademik bagi setiap guru SMATS, ringkasnya, aku rujuk diploma guru LK aku masa tu, tambahan pula, ada dua orang guru aku yang ambil diploma yang sama iaitu,
Cikgu Sharul ( ajar LK, Addmaths, Teknologi Kejuruteraan),
 Cikgu Norwati kalau aku tak silap, sorry cikgu T_T  (ajar Fizik) jadi aku isi pilihan kedua:-

2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Ditakdirkan, aku dapat pilihan yang kedua iaitu kos mekanikal (pembuatan), sepanjang melalui 3 tahun tu ada sekali sekala perasaan SALAH PILIH KOS PENGAJIAN itu wujud dalam jiwa dan bermain di minda terutamanya bila aku berdepan dengan subjek yang berteraskan pengiraan yang aku rasa tak mampu nak hadapi, ditambah lagi dengan dugaan-dugaan markah kuiz, ujian, dan tugasan yang rendah. Memang adakalanya, air mata jatuh sebagai pengaduanku tanpa kata, 
hati dan perasaan yang calar balar menggores ego untuk memberitahu kebodohanku,
kepala sakit tak cukup tidur dan banyak berfikir, 
jari berbalut tisu sebab last2 minggu perabih membalun menapis nota-nota,
semua itu aku lalui demi menghakis kejahilan yang ada dalam dunia mekanikal pembuatan,
yang aku kira agak jauh bezanya untuk menuju ke arah cita-cita sebagai seorang Guru LK.

Ok, itu secara ringkas bagaimana aku pilih diplomaku.


Struktur Kurikulum bagi Tahun 1, Semester 1.

Berikut merupakan subjek atau lebih dikenali sebagai kos yang ditetapkan dalam bidang kejuruteraan Rekabentuk Produk.

Kos Teras Kejuruteraan

  1. EPT103/3 - Materials
    • Siapa yang ambil diploma kejuruteraan mekanikal pembuatan macam aku dulu, kos ini merupakan rangkuman subjek teknologi bahan 1 dan teknologi bahan 2. Sudah tentunya, teori melulu.
  2. EPT152/2 - Engineering Drawing
    • Lukisan Kejuruteraan! Kalau dibandingkan dengan LK yang aku ambil masa SPM 2008, memang ada perbezaan sedikit lah. sebab yang ini, kami advance lagi, belajar autocad sekaligus melukis kembali logo yang sedia ada menggunakan autocad. Mungkin bagi sekolah lain, terutamanya sekolah teknik belajar lagi advance kot, tapi untuk aku yang aliran teknikal sains di sekolah agama ini, ambil kos ini, banyak belajar benda yang baru juga lah.
  3. EPT191/2 - Workshop and Studio Practice
    • Kos ini lebih menjurus kepada mendedahkan dunia lukisan kepada pelajar, seperti yang terdapat dalam post aku sebelum ini. Pensyarah ajar dari asas macamana nak melukis dari asas garisan-garisan hinggalah melukis melalui sudut perspektif. Apa orang putih kata "Free Hand sketching" gitu. Sekarang ni (Disember 2013), kami ditugaskan secara berkumpulan untuk merekabentuk sebuah alat yang boleh menunjukkan masa, ringkasnya, redesign jam lah.
Kos Bukan Kejuruteraan
  1. EQT101/3 - Engineering Mathematics I
    • Engineering mathematics, what more I can say about this, calculation, deals with those differentiate, integration, well its maths anyway.
  2. EPT162/2 - Computer Programming
    • Setahu aku, pelajar jurusan elektik saja yang ambil subjek ini masa diploma dulu, tapi itu dulu lah. Faktanya, kena ambil juga kos ini. Belajar segala kod dan peraturan penggunaannya. Pada mulanya, aku berpendapat C.P. ni sama macam Visual Basic, tapi fuh, jauh bezanya, rasa macam senang lagi visual basic. Apa pun dua benda tu dalam satu jabatan yang sama lah. Kos ini guna perisian DEV C, bukan C++, so, mungkin ada beza sedikit lah.

Kos Keperluan Universiti
  1. UUW233/2 - Islamic & Asian Civilisations
    • Pernah dengar TITAS? hah ni lah Titas tu. Lebih kepada pengajian tamadun-tamadun Asia, Islam, China, India. 
  2. UUW114/2 - University Malay Language
    • Sejujurnya, aku tak sangka belajar bahasa Melayu di universiti. Tapi itulah hakikatnya, di Unimap ni, kena ambil jua BM ni. Tapi tak apa, pensyarah BM kami best, aku suka. Hahaha. kan best kalau pensyarah semangat mengajar macam tu. Pelajar pun semangat nak belajar. Penerangan yang detail. 
  3. UUW235/2 - Ethnic Relations
    • Hubungan Etnik lebih kepada pengajian hubungan etnik di malaysia. Ianya merangkumi banyak aspek terutamanya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial. Ianya jua berkait rapat dengan sejarah sebelum merdeka, selepas merdeka, dan rancangan-rancangan  Malaysia yang menyentuh kepada penyatuan etnik. 
Ko-kurikulum
-Bergantung kepada pilihan badan unit beruniform masing-masing, majoritinya setiap badan unit beruniform itu mempunyai kiraan jam kredit yang tersendiri. Senang cerita, aku pilih Taekwondo GTF.

  1. UZW172 - Taekwon-Do GTF I
    • Nak dapat jam kredit yang penuh untuk Taekwon-Do ini, aku kena ambil mula dari semester 1 hinggalah ke semester 3 sebab ko-kurikulum ini menawarkan 3 peringkat untuk dilalui bagi memperolehi 3 jam kredit. Jadi untuk semester I ini, sistem kira ko-kurikulum Taekwon-Do GTf I aku tu sebagai 1 jam kredit. 
    • Setakat ini, latihan diadakan pada setiap malam Sabtu, mula dari jam 8.30 pm - 11.30 pm, ditempat yang ditentukan oleh pusat ko-kurikulum. Selalunya tempat itu, berubah-ubah mengikut jadual yang dipamerkan dalam portal pelajar. Jadi pelajar UniMAP ini, penting tengok portal. Kalau tak, silap haribulan sesat pergi tempat ko-kurikulum lah jawabnya. Setakat ini pun, banyak dah pelajar jadi mangsa tak datang ke latihan Taekwondo sebab tak tengok perubahan tempat dalam jadual ko-kurikulum pelajar.

Sekian Terima Kasih.

Sumber Fakta: Buku Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Sidang Akademik 2013/2014


_______________________________*************_______________________________

Celoteh-Moteh.


Itu merupakan silibus yang tertera dalam buku panduan akademik, jumlah jam kredit untuk semester 1 ini sepatutnya 19 jam kredit, sepatutnya lah. Tapi, entah kenapa kami kena ambil kos EPT 114/3 Statics pada semester 1 ini. Padahal kos EPT114 Statics itu, berada dalam silibus semester 2, tahun 1. Itu menjadikan jam kredit secara totalnya sebanyak 22 jam kredit.


Wujudnya pengecualian kredit (Transfer Credit) untuk pelajar yang merupakan lepasan diploma seperti aku, ibarat pucuk dicita ulam mendatang (betul kah perumpamaan aku ini). Jadi aku isi borang pengecualian kredit itu disertakan dengan salinan transkrip diploma sebagai bukti yang aku ini layak untuk mohon dikecualikan dari mengambil kos yang sama sekali lagi di peringkat sarjana muda ini. Wajib ada salinan transkrip diploma, sebab bila kita isi borang permohonan pengecualian kredit itu, akan ada penelitian yang dilakukan untuk menentukan sama ada kita layak diberi pengecualian kredit atau pun tidak. 


Setelah urusan pengecualian kredit aku diluluskan, jumlah jam kredit aku ialah sebanyak 16 jam kredit sebab aku tolak kos:-
  • Materials - bersamaan dengan subjek Teknologi Bahan 1 dan 2 masa diploma di Politeknik Kota Kinabalu.
  • Engineering Mathematics I - bersamaan dengan Engineering Mathematics 1, 2, dan 3 masa diploma dulu.

Pada mulanya aku nak kecualikan kos Materials saja, tapi Dr. Taufiq tawarkan aku supaya mohon pengecualian untuk Engineering Mathematics I juga sebab aku layak mohon, jadi aku pun bersetuju. Engineering Drawing pun aku layak mohon tapi memandangkan aku dah tinggalkan lukisan kejuruteraan ini bertahun lamanya, aku buat keputusan nak ambil kos ini, untuk mengembalikan memori lalu sekaligus cuba memantapkan kemahiran, aku kan ada cita-cita, Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusanku, aamiin.


Sekian, Terima Kasih.

Friday 29 November 2013

Aku + Statics + Minggu Ke-4 November 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Ohaiyo Gozaimasu.



Ringkasnya minggu ni,
Terlalu banyak jatuh lalu bangun ku terpinga-pinga,
Di saat kewangan semakin jatuh merundum menuju ke angka 1,
Timbul pula Iklan kerja kosong di kedai photostat,
Keinginan itu ada namun 7 pm ke 11 pm,
Jangka waktu itu mengganggu kosentrasi ku,
Tatkala itu,
Ujian kenaikan Taekwondo GTF ke Hitam (1 DAN),
Menggamit perasaanku,
Mengambil kira persediaanku, keyakinanku,
Inginku hadir saja ujian itu yang bakal menjelang minggu depan,
Sekali lagi dugaan itu tiba,
RM250 yuran kenaikan,
Buatku berada di timbang neraca,
Ya atau tidak,
Tidak mampu untuk berada di tengah-tengah,
Kerana masa itu hampir tiba.
Jumaat, habis kelas tutorial statics, aku pulang terus ke wang ulu.
Terdetik untuk makan semurah mungkin,
Lantaran belanjawanku menyekat kuantiti,
Seringgit keropok lekor + sos,
Cedokan nasi 1/2 x 2 bersamaan 1 + Memenuhi 1/2 ruang tapau + telur masa sos
Total RM1.50
Jadi, harga makanan tengahariku yang paling murah setakat ni, RM 2.50.
Alhamdulillah.
Seusai maghrib, housemateku ajak makan di gerai makan depan gerai Warung Pokok Buluh,
Sekuat mana pun aku cuba simpan,
Tetap duit tu semakin kecil nilainya,
Nak ambil sikit lagi, buat pengalas perut buat seminggu ni,
Seingatku, baki angkanya RM 1++.++,
Itu pun Ibu dah mula bagi belanja kira dua bulan yang lalu,
Duit simpanan kerja ku yang dah cecah RM 20++.++,
Ternyata tak cukup untuk tampung aku untuk duduk selama satu sem di sini.
Check Punya Check, terkejut angka 1 itu berubah.
Alhamdulillah, Ibuku macam tau-tau jak ni.
Ntah, aku rasa malu nak minta lebih-lebih,
kecuali kalau hal itu memang aku perlu sangat,
Lebih-lebih lagi, bila umurku dah cecah 21 tahun tahun ni,
Call ibu, ibu kata takpa,
Yang penting aku belajar sungguh-sungguh.
Ya, Insya-Allah ibu.
Doakan kejayaan anakmu ni.
Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Aamiin.


CLASS STATICS
Kelas Static hari Khamis (28.11.2013),
Melangkah longlai menuju ke DPU 1,
Aku duduk barisan kedua dari depan, di hujung kanan dewan,
Tapi barisan kedua itu lah yang paling depan diduduki oleh pelajar,
Entah kenapa barisan pertama itu jarang sekali menjadi pilihan pelajar,
Mungkin kerana lebih selesa di belakang?
Ataupun takut dengan label-label skema, berani mati, 
Atau apa saja label yang akan buat anda rasa terasing daripada kumpulan mereka yang melabel,
Menunggu beberapa detik pensyarah static masuk ke kelas,
Aku cuba melelapkan mata yang segar,
Sekadar untuk merehatkan tubuh yang lesu,
Dek minat ku yang berkurang terhadap statis
Disebabkan aku gagal memahami konsep pengiraan masalah,
Asas matematikku yang lemah begitu aku kesali.


PERBINCANGAN
Baru beberapa detik aku menggelapkan duniaku,
Cuping telingaku menangkap kelantangan suara yang menuturkan kata-kata,
Kulihat warna dunia,
Alihkan pandanganku ke arah suara yang berbicara,
Ah, sebaris denganku namun di bahagian tengah sana,
Sekumpulan per tiga pelajar wanita kos Pembuatan duduk separa C,
Malu ku hilang ke mana,
Lantaran aku melihat kelibat seorang pelajar wanita,
Dahulunya, sukarela membantu aku menyiapkan soalan statics,
Di kala aku duduk resah memikirkan jalan penyelesaiannya.
Lantas ku aturkan langkah ku mendekati mereka,
Mereka berpaling mungkin terkejut apa bila sesorang mendekati dari belakang,
Ku senyum lebar seakan-akan senyum itu satu tiket untuk ikut perbincangan mereka,
Cuba memahami setiap langkah-langkah yang dicoretkan atas kertas putih itu,
Ah! Gravity Center and its Centroid on the shaded area, hm, fahamkah aku?


QUIZ STATICS KHAMIS
Di akhir syarahan statics, Quiz!
Dan ditakdirkan soalan hampir semirip itu yang keluar dan alhamdulillah,
Its an open book quiz!
Semua yang aku faham aku coretkan,
Tiba untuk kaedah matematik untuk mendapatkan jawapan,
Kosong~ Walaupun kalkulator ku canggih seperti yang mereka labelkan,
Aku,
Tidak,
Tahu,
Menggunakan,
Kecanggihannya itu,
Sekali lagi, kejahilan itu menampar keyakinanku,
Kecewa,
Namun kekecewaanku kali ini terubat sedikit, Kali ini
kertas putihku ini punya sedikit coretan formula dan serajah Free Body Diagram (FBD),
Yang aku yakin kesahihannya.

JAM TANGANKU

Usai Kelas statics,
Aku singgah solat asar di Surau PPK Pembuatan,
Setelah itu, mendaki cerunan bukit menuju ke bas yang tersidai di tepian jalan,
Duduk di tepi tingkap kiri, aku memandang bangunan PPK Pembuatan,
Seketika kemudian,
Aku rasa seperti kehilangan sesuatu,
Jam Tanganku!
Kalau aku turun dari bas sekarang,
Takut bas jalan, kena tungguh setengah jam atau sejam lagi untuk bas yang seterusnya,
Aku pasrah.
Malamnya, pun ada kelas ganti statics,
Statics, statics, statics.
Dalam seminggu ni,
Selasa petang lecture statics,
Rabu malam tutorial statics,
Khamis petang lecture statics,
Khamis malam Lecture statics bersama dengan course Manufacturing,
Jumaat pagi tutorial statics,
Huh! Padat dengan Statics!
Semalaman aku tanpa jam tangan,
Rasa sungguh kehilangan.
Mujurlah, Jumaat pagi, aku kembali ke Surau
Bersyukur melihat jam tanganku tersimpan elok dekat bingkai cermin tingkap.
Alhamdulillah.

JUMAAT
Awal pagi, berebut naik bas nak ke Pauh,
Seperti biasa aku memilih duduk di tepi bersebelahkan cermin di bahagain kiri,
Bas tu buka wayang Bujang Lapok,
Layan ja lah,
Setelah bas kami penuh, 
Bas di sebelah ku mula dipenuhi dengan pelajar dari wang ulu,
Basku mula undur perlahan-lahan,
Aku memerhati wajah-wajah pelajar yang memenuhi bas sebelah tadi,
Tiba-tiba, pandanganku bertemu dengan wajah kenalan FB.
semirip dengan artis komedi korea (Gag Concert) yang aku minat tu,
Mujur hatiku masih teguh,
Alihkan pandangan ke arah lain. Kesenyapan.
Habis kelas TITAS di Dewan Kuliah,
Sejam lagi untuk ke Kelas tutorial Statics,
Kak Aisyah, Yana, Nisa, Irlina, Nisa Affendy, Farahia, dan Aku,
Berjalan dan berkumpulan di PPK Pembuatan,
Mereka sedang berbincang untuk gugurkan subjek Statics,
Bagai turut dirasuk perasaan takut gagal, 
aku jua seakan-akan ingin menggugurkan subjek Statics ni,
Dek Carry Marks aku yang rendah bukan setakat rendah tapi dah tahap gagal.
Hampir majoriti kelas Product Design Engineering sem 1 2013/2014,
gugurkan subjek Statics ni dan ambil sem depan,
sebab kalau diikutkan keputusan ujian 1 yang baru-baru ni,
Dari 6+ orang, hanya 5 orang ja yang lulus.
Kalau Kos Pembuatan secara puratanya ramai yang lulus lah.
Tapi, memandangkan jumlah jam kredit aku dah 16 unit,
Nak tolak Statics yang 3 jam kredit,
Tak boleh dah, sebab jumlah jam kredit paling minima ialah 14.
So, Just carry On ja dengan Statics ni.
Ibu kata, cuba saja.
Ok, I'll try my very best Ibu, 
Study Smart, Study Hard,
Usaha Tangga Kejayaan,
Insya-Allah.
Aamiin.

Sunday 3 November 2013

Out Of Record

*** Out Of Record***

Ada perkara yang nak kuceritakan sungguh-sungguh, 
namun tak bermanfaat kepada sesiapa pun, 
sekadar untuk menyukakan rasa di hatiku,
classmate Ting. 5 teknik 2008, yang ku tahu 3 dah kahwin,
tengok orang kahwin,
hati terasa riang gembira,
berharap jua suatu masa nanti,
Masa itu akan tiba,
pada masa yang sesuai,
dan moga aku juga bersedia menggalas komitmen itu.


Masih banyak yang perlu diperbaiki,
Semoga hari demi hari, 
Akhlakku & Imanku lebih baik dari hari ke hari,
Amarahku hanya pada tempatnya dan tidak berlebihan,
pergaulanku, kubataskan kepada yang perlu sahaja,
Aurat&solat ku dan keluargaku, moga sentiasa terjaga hendaknya,
Diri sentiasa berdamping dengan ilmu,
Membahagiakan diri dengan ilmu,
Menjauhkan diri dari perkara yang dilarang,
Ya,masih banyak lagi yang aku perlu perbaiki,
Bahkan ada lagi yang aku belum mulakan lagi,


Aku ingin yang terbaik,
Namun diri masih belum jadi yang terbaik,
Bagaimana mampu untuk aku memiliki dia yang aku sayangi.


Disaat aku sedari kehadirannya,
Nyata hari-hari ku rasa bahagia,
Bukan paras rupanya yang buat aku tertarik pada kali pertama,
Sopan santunnya, Keceriaannya,
Kata-katanya yang sentiasa mencurah ilmu,
Kemolekkan peribadinya buatku cuba berubah,
Bagai cahaya yang menarik aku keluar dari kegelapan berseorangan,
Ya, saat itu aku rasa bahagia dan bersemangat,
Kerana aku yakin dia mampu mendekatkan aku kepada_Nya,
Aku rasa ingin berubah.
Walau matlamat perubahan ternyata masih dalam kesamaran.


Tapi mungkinkah ini satu ujian buatku?
"Adakah aku ingin jadi baik kerana manusia,
Ataupun kerana Allah."
Ditakdirkan aku kehilangan dia dari sisiku,
Hampir setiap saat aku merindui dia,
Sedih, kecewa, menyesal menyelubungi hati,
Walau wajahku mencuit tawa suka,
Hakikatnya, aku berselindung di sebalik kebingitan tawa.


Lama aku begitu,
Kupandang langit biru,
Sambil mengenang kenangan lama.
Perit rasa sedu di hati,
Air mata bergenang namun tidak jatuh menitis,
Aku bagai kehilangan punca.


Suatu saat aku sedar,
Memang tiada daya upada aku menghilangkan rasa ini,
Namun wajarkah ini berlaku kepadaku?
Wajarkah?
Ku cuba meneliti dan hingga sekarang pun,
Tiada langkah yang mampu aku atur,
Melainkan kembali ke pangkal jalan,
Mungkin dengan kehilangan dia,
Ada hikmahnya supaya aku sedar,
Jangan aku berubah kerana dia,
Tapi kerana Allah,
Penciptaku,
yang menjaga hatiku,

Mungkin dengan kehadiran dia,
Dia menghapus perjudisku yang selama ini menghantuiku,
Kembali mengingatkan aku kepada fitrahku,
Aku seorang wanita,
Selayaknya berperilaku sopan santun,
Bukannya lantang tanpa budi bahasa,
Bukannya kasar mengalahkan mereka,
Bukan tempatku untuk menggalas semua tanggungjawab,
Dia tunjukkan itu tanggungjawabnya,
Tanggungjawab kaum adam,
Kaum hawa cukup sekadar membantu,
Dia menghapus perjudisku terhadap lelaki,
Yang aku pegang bertahun-tahun lamanya.
Alhamdulillah, 
aku berterima kasih atas kehadirannya walaupun seketika cuma.


***Sejak akhir-akhir ini, selalu teringat dia walaupun dia dah lama tak menjengah dalam ingatan. Hm, Ya Allah, jauhkan lah aku daripada cinta yang sia-sia, kupohon perlindungan_Mu keatas diriku, dirinya, dan kami sekeluarga.

"Cukuplah Allah menjadi pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung"

Aamiin..

Cuti Oh Cutiku di Bulan November 2013 Part 2

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.


Alhamdulillah, hari Ahad ini aku ada aktiviti bagi mengisi cuti yang tak terasa. Jam 8.30 am, aku keluar dari rumah, lengkap berpakaian sukan dan berkasut sukan. Warming up segala sendi-sendi, kumulakan dengan berlari anak mengelilingi gelanggang bola keranjang di kolej kediaman wanita wang ulu ni. 30 minit ja, aku dah kurang larat nak bersenam. Perghh! descending sungguh stamina aku ni, lama tak berlatih lah katakan...


Tugasan Berkumpulan Bahasa Melayu Universiti

Tajuk tugasan "Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Kalangan Pelajar". Kesemua ahli ada 6 orang, yang lain 5 orang saja dalam satu kumpulan. Tugasan ini perlu dibuat dalam bentuk poster bersaiz A3. Kumpulan lain dah siap bincang, bagi tugas masing-masing lagi. Kumpulan aku? Hm, banyak berlaku penangguhan masa dan tempat. Tak lantik ketua pun, jadi entah. Bukan nak mementingkan siapa nak jadi ketua, tapi sekurang-kurangnya ada juga lah orang tertentu yang nak dirujukkan. 

Dah dua kali cuba merancang pertemuan sesama ahli kumpulan untuk bincang mengenai tajuk ini, tapi, belum ada jodoh bertemu bersama-sama walaupun hakikatnya kami satu kelas. Atas segala apa yang berlaku ini, secara automatik aku jadikan alasan untuk tak buat tugasan BMU ni; tapi dah ambil sumber rujukan lah. Itu ikut rasa hati aku, memang aku malas nak buat. Tapi, Alhamdulillah, aku cuba jua buat saringan info yang penting, supaya bila kena buat perbincangan secara tiba-tiba, tidaklah aku terkial-kial nak ambil tahu apa yang patut aku buat kan? Aku hantar pesanan kepada Hazman, dia kata buat selepas cuti. Hm, okei lah kalau macam itu. Hope I will ready for the meeting. Aku terima pesanan dari kak Aisyah, Ujian BMU ditunda pada 15 Nov 2013, nampaknya plan untuk buat ulangkaji, aku tangguhkan lagi. "Lama lagi." detik hati kecilku. Apapun, Chaiyo2 Mal!


Kemas 

Serabut. Serabut dengan meja, almari, dan katil. Tangan mula melangkah menyusun kertas-kertas lalu beralih ke buku-buku yang baru wujud di bilik dek membeli di gerai buku hari lalu. 2 buku karya Kaoru, 2 buku karya Hilal "Sebelum Aku Bernikah", dan "Untuk Kita Pendosa", serta buku menjawab soalan pelajar tulisan Dr. Muhaya. Belum baca habis lagi. Itu berkaitan dengan buku, kemas-kemas, akhirnya, siap juga lah. Bab kemas mengemas ini, tak sinonim sangat dengan mood aku tapi, kadangkala kekemasan itu perlu dilakukan walaupun bukan dengan kehendak hati. Ok?, Cheer up lah Mal.


Sekian.



Saturday 2 November 2013

Cuti Oh Cutiku di Bulan November 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa

Cuti, peristiwa yang ditunggu-tunggu oleh segenap warga pelajar UniMAP. Yang tinggal berdekatan dan sempat beli tiket balik kampung, memang pasti dah berangkat berlalu meninggalkan kolej kediamann masing-masing balik ke kampung halaman.

Manakala, untuk yang tak sempat beli tiket balik kampung dan perantau macam aku ni, memang tak balik kampung lah. Jauhnya nak balik Sabah tu, duit pun bukannya macam daun pokok, petik2 ja boleh guna. Ratusan ringgit juga habis kalau nak balik semata-mata cuti 5 hari ni.

Rasa bosan menerawang kehidupan di kolej kediaman wang ulu ini, walaupun aku pasti ada senarai tugasan yang perlu aku lakukan dan semua itu berkaitan dengan akademik.


Senarainya ialah;

Ujian
Bahasa Melayu Universiti
Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Hubungan Etnik.
Makmal Statics.

Tugasan
Poster dan pembentangan berkumpulan (Bahasa Melayu Universiti)
Kupasan tajuk yang ditentukan (Tamadun Islam dan Tamadun Asia)
Laporan Statics (Open Ended)
Projek Merekabentuk Jam (EPT191)

Ulangkaji
Statics
Computer Programming



Rasa kerisauan tu ada, tapi aku rasa MALAS nak buat kerja. 
Bangun = Makan, Minum, Main Game, Highlight Nota TiTas, Online = Tidur

Aku rasa agak kurang bersemangat hari ini.

Adakah kerana suasana cuti?

Atau kerana aku fikirkan semua kerja sekaligus sehingga aku ambil keputusan untuk tangguhkan dahulu?

Pelik By Pelik as the time goes by.

Keluar Pi makan + Nampak dari jauh macam kenal + Senyum 
Pilih tempat makan macam biasa + Masa bayar jumpa kawan, Amirul + Mesra seperti biasa
Balik makan + Jumpa Yana + Lepak tengok AF dekat gerai Shafaz 
Berkenalan dengan Asma kawan Yana + Oghe Kelate + Minat Dato Siti
Borak sat + Pulang Rumah + Online + BeBlog

Just An Ordinary Routine

Semoga esok aku lebih bersemangat nak buat kerja. All the best, Amal. 
I know You Can Do It.
Belajar Rerajin.

Friday 1 November 2013

Permulaan Hatiku November 2013

Di keheningan malam ini,
Aku seakan kehilangan punca,
Sarat mengenang masa lalu,
Sambil menghadapi detik kehidupan yang mendatang,
Adakah wajar untuk aku tunggu bersama harapan yang tak pasti ini?

Terlalu banyak kenangan bersamanya,
Kadang aku merasa cinta yang tak pernah nyata,
Sejujurnya aku menyayanginya,
Walaupun tidak pernah sekalipun aku suakan rasa ini,
Aku takut akan sebuah kehilangan,
Demikian aku rela menjadi kawan biasa yang boleh mendampingi dia,
Namun kenapa aku rasa menyesal,
Menyesal hanya mampu memjadi seorang kawan padanya,
Andai aku luahkan rasa ini pada saat itu,
Adakah semua ini berubah kepada lebih baik?
Aku menentang dengan mengatakan, itu jauh lebih berisiko,
Jarang sekali aku dengar pasangan yang bersama boleh bersahabat seperti dulu,
Memang wujud, tapi jarang.

Terkenang kenangan bersamanya,
Apakah kenangan itu tidak membawa sebarang erti padanya?
Mengapa dia lakukan semua itu kepadaku?
Pelbagai soalan bermain namun tidak pernah terjawab,
Aku masih terkenang dia,
Walau ada ketika,
Dia, aku lupakan dan cuba menyibukkan diriku.
Tetap ada detik itu, aku harapkan dia ada di sisi,
Terserempak seperti selalu,
Bertegur sapa seperti biasa,
Ah! Aku lemas dalam kenangan.

Aku ingin berubah!
Aku ingin lupakan dia!
Dia dah ada orang lain!
Dia bahagia walau tanpa aku di sisinya!
Siapalah aku dalam hidupnya!
Berkali-kali aku tanam bait-bait kata itu dalam mindaku,
Walaupun adakalanya hati ini terusik dengan kehadiran yang lain,
Masih jua aku teringat dia,
Selagi aku tak dengar,
Selagi aku tak nampak,
Selagi aku tak yakin yang dia dah ada orang lain,
Selagi itu aku masih berharap,
Berharap ada persimpangan yang mempertemukan aku dengannya,
Ingin menjadi miliknya,
Ya, itu hasrat hati kecilku ini.

Sekali lagi aku azamkan diriku,
Tiada lagi penantian,
Tiada lagi harapan yang tak pasti,
Mulakan sesuatu yang baru,
Hargai apa yang ada,
Usahakan agar jangan lagi terkena dengan perasaan yang tak pasti,
Fokus pada diri dan matlamat,
Doa, usaha, Iktikad, Tawakal.
Kuatkan semangat, teguhkan keimanan hati,
Sayangi diri sendiri.
Demi Manusia, Kerana Allah.
Insya Allah.
"Ya Allah, Hidup dan matiku hanya untuk_Mu."Aamiin.

Thursday 31 October 2013

Sinopsis Oktober 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.

Oktober, bulan kelahiranku. Mungkin nampak agak remeh-temeh bagi sebilangan manusia tapi aku tetap menghargai kelahiranku, moga bukan setakat menghargai tapi jua lebih bersyukur. Insya Allah. Aamiin.

31 hari untuk bulan Oktober yang aku lalui dipenuhi dengan pelbagai ragam dugaan dan suka duka sepanjang berada di bumi Perlis ni.

Hari Kelahiranku
Ucapan yang aku terima pertama dari ibuku yang tercinta dalam lubuk hati paling dalam melalui sms dan kedua dari kawanku yang kurindui amat dari kejauhan, Mirna. Bull? hm, selepas 3 tahun berturut-turut no. 1 antar msj, tahun ni takda. hehehe. Takpa bull. Aku faham. ^_^. So, kali ni aku sambut di Sungai Petani, Kedah di rumah roomate aku, Nana, masa cuti seminggu sempena hari raya haji sekali dengan cuti pertengahan semester. Alhamdulillah, kehadiranku diterima dengan baik dan mesra oleh keluarga Nana. Dalam seminggu tu, banyak jua yang aku pelajari semasa bersama keluarga Nana. Terbit rasa rindu kepada keluargaku nun jauh di Kota Belud, Sabah. Hm, rupanya beginilah rasa berada di perantauan.


Peristiwa Kenalan Baru
Berada di tempat baru, mesti banyak lah yang baru kan? Aku di sini, lebih banyak kawan dengan wanita berbanding dekat poli dahulu. Jadi cara aku berkomunikasi itu terpaksa aku ubah sesuai dengan persekitaran kerana aku tahu hati wanita itu mudah terusik. Tak boleh nak men bertepuk bertampar. Suara kena bertenang(tu dah ada orang komen), jangan nak lantang melulu. Walaupun adakalanya, aku pula yang rasa stress dengan perubahan ini, tapi mungkin tak mengapa sebab, perubahan kepada kebaikan kan. 
Insya Allah. Doakan yang terbaik.

Part 1: Rakan Facebook
Add meng'add' ni perkara biasa. Mulanya aku nak berpegang kepada prinsip tak kenal jangan approve, tapi at the end, aku cancel prinsip tu, rasa tak releven pula. So, ada sorang mamat ni, add aku, aku tak kenal, tapi aku approve ja la, cadang nak kenal jua, sebab dah satu jabatan kan. Dah aku antar mesej, tak reply. Hm, ok. Maybe dia ni jenis yang add orang tapi tak nak layan mesej. Ok, tak pa bakal masuk list yang aku nak unfriend kang kalau aku free mood. Tak sangka jumpa pula orang tu di dunia realiti, mula tu tak sangka juga la, sebab muka dekat facebook lain, muka realiti lain. Sekali senyum, nampak macam pelawak dalam gag concert yang aku minat tu pulak dah. Tapi aih, first time jumpa tak tegur aku langsung. Rasa macam nak unfriend je laju-laju. Tapi last2 tu, ada lah sepatah kata, oklahhhhh, bolehlahhhh~~~ trip2 artis gak aku ni. hahaha

Part 2: Laptop di Jejawi
minggu lepas, aku terserempak dengan pelajar jabatan elektrik, salah satunya orang Sabah, Gonol namanya dan kawannya Abdul Razak. Itupun sebab nak pinjam laptop nak burn cd di Jejawi. Dengar cara dorang berkomunikasi sah, orang borneo. Happy jua jumpa seborneo ni. Handsome tuh. Senyuman pun menawan. Teringat kat sorang di sana tuh. Aiceh, lebih2. haha. 

Part 3: Khemah Sukan PPK Pembuatan

Khemah PPK Pembuatan Warna Ungu

Ni nak kata baru, tak jua, sebab aku punya classmate, cuma baru nak ice breaking lebih lagi. Itu pun semasa aku join hias khemah sukan sempena sukan kejohanan UniMAP untuk PPK Pembuatan. Di sini pun, banyak kenalan baru, kenalan dengan student sem 1 kos Pembuatan, dan senior2 sekali. Sebut pasal senior ni, ada sorang ni, hm aku lupa nak tanya nama dia. Sukarelawan, Lelaki, Manufacturing, Tahun 3, hah tu la ciri-ciri dia. Jumpa masa malam tu, masa dorang tengah atur gerbang untuk khemah tuh. Aku dengan Nisa bertanggungjawab untuk buat tempat Iron Man berdiri tu dan jua buat slogan untuk theme iaitu " We Are X-Treme Superhero". Aku sendiri rasa painting aku teruk sikit, sebab tak sekata la warnanya, terlebih sana sini lah. Hari Sabtu, malam Ahad tu, aku luangkan masa untuk melukis dan mewarna slogan tu selepas siap tempat berdiri Iron Man. 

Cantik ? Hehehe
Penat? Alhamdulillah tak penat sangat cuma rasa tertekan untuk menghasilkan banner yang bagus, so, aku rasa lemah semangat jiwa nak meneruskan kerja tapi kena push diri jua untuk siapkan banner slogan tu. Malam Ahad tu, balik dari stadium jam 12 tgh malam, selepas tu aku continue mewarna di pentas dewan terbuka wang ulu ntah sampai jam 2 lebih kot, senior tu pun join sekali pi waang ulu sebab takda bas nak antar dorang berdua ke kolej kediaman dorang. Cuba berehat daripada komen hati yang melemahkan semangatku untuk mewarna, aku minta komen dari senior tuh pula. Nak cari lelaki yang jujur? Hah carilah senior ni, dia kata bolehlah tapi tak boleh nak design lagi. wuooo! stab straight to my heart. Tapi takpa, kebenaran itu aku akui dengan pasrah. Haha. Keesokkan harinya, masa aku tengah warnakan tempat telur tu, berbelakangkan senior tu yg tengah tolong atur kain di atas khemah, entah apa cerita, tetiba aku dengar pasal tak boleh jadi designer (ke aku silap dengar?), aku berpaling, dia ketawa sambil tengok aku. Amboi, ya lah, sapa lah aku ni kan... sem 1 lah katakan...

Theme Ungu, Cat sama diaaaaa~~
Persinggahan Sementaraku.. tatap panas terik terasa woo..
Usik mengusik tu, aku anggap besa2 ja. Ala macam tak biasa kn? Aku minta Nisa sambung painting tempat letak telur tu dengan warna ungu sementara aku pi tandas sebab perut aku sakit sangat. Cik Sengu datang, al-maklum hari pertama lah katakan. Di pertengahan jalan aku nak kembali ke khemah, sakit tu menggila, sudahnya aku duduk lepak di tempat panas. Kakiku seakan tidak larat lagi untuk melangkah walaupun khemah tu hanya beberapa meter saja lagi. Ditakdirkan senior tu lalu dengan kawannya. Aku try buat macam tengah lepak santai sambil tahan sakit dengan cik sengu, tapi gila lah nak lepak tempat panas macam tu di panas terik tu kan. Dia suruh aku pi khemah, teduh sikit. Nak tak nak, aku bagitau lah, kurang sihat sikit. Sakit perempuan. Aku harap itu berakhir di situ, namun dia lalu lagi. Tanya, aku ok ke tak. Wei, malu gila aku. Dah sebelum tu, aktif giler ke sana kemari, pastu lemah tak berdaya. huhuhu. Aku kata kat senior tu, cuba beri keyakinan yg kalau dah ok, nanti sy ke khemah. Syukur, dia tak paksa lebih2. dan berlalu pergi. Dek sakit yang teramat tu, aku duduk tertidur sejam di tengahari yang panas terik. Then, Ok dah. hehe

Part 4: Dia yang aku kenali sebagai M

Guru sekolah selalu pesan, jangan nak bercinta masa sekolah bagai nak rak, sebab semakin kita meningkat dewasa, semakin jauh perjalanan, semakin banyak manusia yang kita temui. Dan ya, aku bersetuju dengan kenyataan itu. Ternyata, suka-suka masa sekolah rendah lain, masa sekolah menengah lain, masa di Politeknik lain, dan sekarang ni alhamdulillah takdak lagi, masih lagi yang dulu dari di Poli. Aku tak pernah bercinta, tapi ya aku manusia, rasa kasih sayang itu ada. Namun semua itu aku pendam saja. Tak berani nak luahkan atas beberapa faktor terutamanya aku ingat idealogi bapa yang melarang keras hal2 macam ni, takut menggalas komitmen, dan terakhir maybe pasal ditolak. Hm, takpa dah biasa kecewa pun. cewahh.

Di sini aku nak mention sorang, atas kesilapan itu panggil dia M lah. Aku pernah duk sebelah dia masa nak pergi ke kelas di Kampus Tetap, Pauh. Tapi oleh kerana dia nampak macam tengah tido, so aku pun tak berani nak bawa bercerita. Entah apa yang buat aku tertarik, hm senyumannya, pendiam (setakat ni la), berurusan apa yang perlu sahaja, bakat (?). Entah, tak tau. Tapi hati ni tertarik lah nak tengok dia. Oh ya, sebab yang tu, maybe dia buat macam tu sebab faktor keadaan atau dia memang nak buat macam tu. Ah tak kira lah, tapi memang pasal tu, aku mulai sedar kehadiran dia di situ. hahaha, jahat kn. 

Tapi dalam masa yang sama jua, tanpa sengaja aku bandingkan M dengan seseorang yang aku cuba simpan jauh dari lipatan memori. Memang jauh berbeza lah, tapi umur dorang sama. aish. Kalau bolehlah, biarlah tua 4 ke 5 tahun, pastu matang boleh jaga  dan didik aku yang 1001 ragam ni. Pastu, aku ni bukan setakat jadi isteri dia ja, tapi mampu jua jadi kawan terbaik yang dia ada, senang nak berkomunikasi antara satu sama lain, share everything together, penenang hatinya. Ni bukan gatal nak khawin, tapi sekurang-kurangnya perancangan tu kena adalah kan. Tak kan tak nak khawin kot. Kalau dah tiba masanya dan aku yakin aku sudah bersedia. Insya Allah, moga dipermudahkan segala urusan. Nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri tu, memang besar tanggungjawabnya, sedangkan tanggungjawab sebagai anak pun aku tak tau aku di tahap mana sekarang. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, Allah yang menentukan.

 "Ya Allah, jauhkan aku dari perasaan cinta yang sia-sia, dekatkan aku dengan mereka yang mampu membimbing aku untuk mencintai_Mu."

Test Engineering Drawing

31 Oktober 2013, Khamis, setelah lama aku bermalas-malasan bangun awal, hari ini aku bangun awal sebab ada test LK, Azam baru tu. Jam 7.03 am, aku nak bersiap keluar, ternyata Allah ada perancangan lain buatku. Dipendekkan cerita, kami sampai di pondok menunggu bas. Aku tanya lah pakcik tu, bas mana ke Pauh. Dia kata dah jalan. Kena tunggu jam 8 suku. Hm, ok takpa lah. nak tunggu. Tak sangka pula pakcik tu cam muka aku dan kata, aku ni selalu lambat. hohoho. Kira macam dah faymes muka aku ni sebab selalu lambat. adoi, malu pulak. Sampai di MPU 9, semua orang dah mula jawab soalan, exam mula 8.30 am. Takpa, sempat ni, getus hatiku. Cuba bertawakal sambil berusaha. Sepanjang tempoh aku menjawab soalan tu, En. Zailani, pesan supaya aku buat dengan kadar yang pantas. "kena buat cepat Amal.". Dan aku hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Seketika lagi, beliau tanya, pasal tahap kesukaran soalan, hm aku hanya mampu mengelakkan dari menjawab soalan tu dengan senyuman dan beberapa patah perkataan. Soalan Tangent(50 markah) + Orthographic (50 markah)=100 markah. Kerana kecuaian aku memahami soalan, aku salah lukis view untuk orthographic. En. Zailani tanya, "Salah ni, Amal tak baca soalan ke?" dengan nada bertanya dan loghat Terengganu nya. Adui, betui ke salah encik? ngeee~~ sayu hatiku dengar. "Takpox2". Dek kesilapan aku tuh, En. Zailani terangkan depan kelas pasal soalan orthographic tuh.
 "Takpa Mal, boleh ni." Dalam cuba meneutralkan emosi, aku pujuk diri sendiri. Dan aku berada dalam kekecewaan yang tak terungkap. Kecewa pada diri. Kecewa kerana telah mengecewakan LK. Kecewa kerana prestasi jatuh teruk daripada Amal SPM 2008.

"Ya Allah, kuatkan semangatku dalam menghadapi kekecewaan ini. Kuatkan kesabaranku, kupohon keberkatan atas semua ilmu yang aku pelajari semoga aku mampu mengaplikasinya di hari-hari yang mendatang."


Sinopsis ni tak menyeluruh, sebab hampir sebahagian dari bulan ini ku habiskan dengan hari-hari test, buat discussion dengan group member, bertungkus-lumus nak hantar assignment group, and most of the about academic and maybe some of it when I got in the situation which made me got low of motivation. 
So far so good, i guess. 

Surat Layang Cinta & Rinduku Buat Mereka Jauh Di Sana

Sorry pada Ibu, sebab tak selalu telefon ibu, 
rasa macam malas nak isi kredit sebab asyik kena potong oleh CMT celcom tu.

To: Ibu, Bapa, dan keluargaku yang tercinta, 
semoga Allah menjaga kalian sepertimana Allah menjaga anakmu ni di sini.
Buat masa ini, anakmu ni tiada apa yang dapat diberikan kepada keluarga,
melainkan berusaha belajar bersungguh-sungguh di sini yang
kadangkala perjalanan kepada matlamat tu tersasar.
Kirimkan doa buat penguat hati ini. 
Moga dengan rasa cinta ini, inginku bawa kalian ke syurga.
Namun usahaku masih tak sebesar mana.
Doakan anakmu ini. ya ibu dan bapaku.


Wallahualam...