Sunday 3 November 2013

Out Of Record

*** Out Of Record***

Ada perkara yang nak kuceritakan sungguh-sungguh, 
namun tak bermanfaat kepada sesiapa pun, 
sekadar untuk menyukakan rasa di hatiku,
classmate Ting. 5 teknik 2008, yang ku tahu 3 dah kahwin,
tengok orang kahwin,
hati terasa riang gembira,
berharap jua suatu masa nanti,
Masa itu akan tiba,
pada masa yang sesuai,
dan moga aku juga bersedia menggalas komitmen itu.


Masih banyak yang perlu diperbaiki,
Semoga hari demi hari, 
Akhlakku & Imanku lebih baik dari hari ke hari,
Amarahku hanya pada tempatnya dan tidak berlebihan,
pergaulanku, kubataskan kepada yang perlu sahaja,
Aurat&solat ku dan keluargaku, moga sentiasa terjaga hendaknya,
Diri sentiasa berdamping dengan ilmu,
Membahagiakan diri dengan ilmu,
Menjauhkan diri dari perkara yang dilarang,
Ya,masih banyak lagi yang aku perlu perbaiki,
Bahkan ada lagi yang aku belum mulakan lagi,


Aku ingin yang terbaik,
Namun diri masih belum jadi yang terbaik,
Bagaimana mampu untuk aku memiliki dia yang aku sayangi.


Disaat aku sedari kehadirannya,
Nyata hari-hari ku rasa bahagia,
Bukan paras rupanya yang buat aku tertarik pada kali pertama,
Sopan santunnya, Keceriaannya,
Kata-katanya yang sentiasa mencurah ilmu,
Kemolekkan peribadinya buatku cuba berubah,
Bagai cahaya yang menarik aku keluar dari kegelapan berseorangan,
Ya, saat itu aku rasa bahagia dan bersemangat,
Kerana aku yakin dia mampu mendekatkan aku kepada_Nya,
Aku rasa ingin berubah.
Walau matlamat perubahan ternyata masih dalam kesamaran.


Tapi mungkinkah ini satu ujian buatku?
"Adakah aku ingin jadi baik kerana manusia,
Ataupun kerana Allah."
Ditakdirkan aku kehilangan dia dari sisiku,
Hampir setiap saat aku merindui dia,
Sedih, kecewa, menyesal menyelubungi hati,
Walau wajahku mencuit tawa suka,
Hakikatnya, aku berselindung di sebalik kebingitan tawa.


Lama aku begitu,
Kupandang langit biru,
Sambil mengenang kenangan lama.
Perit rasa sedu di hati,
Air mata bergenang namun tidak jatuh menitis,
Aku bagai kehilangan punca.


Suatu saat aku sedar,
Memang tiada daya upada aku menghilangkan rasa ini,
Namun wajarkah ini berlaku kepadaku?
Wajarkah?
Ku cuba meneliti dan hingga sekarang pun,
Tiada langkah yang mampu aku atur,
Melainkan kembali ke pangkal jalan,
Mungkin dengan kehilangan dia,
Ada hikmahnya supaya aku sedar,
Jangan aku berubah kerana dia,
Tapi kerana Allah,
Penciptaku,
yang menjaga hatiku,

Mungkin dengan kehadiran dia,
Dia menghapus perjudisku yang selama ini menghantuiku,
Kembali mengingatkan aku kepada fitrahku,
Aku seorang wanita,
Selayaknya berperilaku sopan santun,
Bukannya lantang tanpa budi bahasa,
Bukannya kasar mengalahkan mereka,
Bukan tempatku untuk menggalas semua tanggungjawab,
Dia tunjukkan itu tanggungjawabnya,
Tanggungjawab kaum adam,
Kaum hawa cukup sekadar membantu,
Dia menghapus perjudisku terhadap lelaki,
Yang aku pegang bertahun-tahun lamanya.
Alhamdulillah, 
aku berterima kasih atas kehadirannya walaupun seketika cuma.


***Sejak akhir-akhir ini, selalu teringat dia walaupun dia dah lama tak menjengah dalam ingatan. Hm, Ya Allah, jauhkan lah aku daripada cinta yang sia-sia, kupohon perlindungan_Mu keatas diriku, dirinya, dan kami sekeluarga.

"Cukuplah Allah menjadi pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung"

Aamiin..

No comments:

Post a Comment