Thursday 18 July 2013

My Preparation To UniMAP (Part 1)

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.

Pembayaran Yuran UniMap.
Rabu, 17 Julai 2013, 6 hari selepas keluar keputusan upu, baru hari ini aku dapat bergerak untuk melaksanakan misi menyambung pengajian ke UniMAP. Al-maklumlah, hari rabu kan hari cuti aku, senang sikit nak bergerak ke sana ke mari. Jam 10.30 am baru aku dengan bapa jalan dari rumah ke Bandaraya Kota Kinabalu (KK). Kenapa nak ke KK? sebab Bank Muamalat yang berdekatan dengan daerah Kota Belud ni ada kat situ ja. Hm, bukan setakat nak bayar yuran ja, kena buka akaun bank Muamalat sekali.

Bank Muamalat
12.10 tengah hari baru sampai dek jalan jem sana sini. Ambil borang untuk buka buku akaun muamalat sekali dengan slip pembayaran yuran UniMAP dekat kaunter. So, ambil masa mengisi borang sekejap sebelum ambil nombor giliran. Tengah aku mengisi borang tu, datang sorang lelaki bersama bapanya, juga mencari slip pembayaran untuk UniMAP, dorang asal dari Kelantan, bapanya kerja di Sabah, anaknya memang ambil diploma di UniMap dan sekarang sambung untuk degree juga dalam bidang elektronik. Kemudian, aku berjumpa dengan pelajar lepasan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) jurusan elektrik semester lalu, juga dapat di UniMAP. Dia pula asal dari Sarawak, katanya " Beruntung dapat UniMAP, tidak semua dapat tau." Lebih kurang begitulah ayatnya. Aku pula mengumpul kekuatan dan keyakinan bila mendengar kata2nya.

Buka Buku Akaun Muamalat
No Giliran 1007, aku tak tahu pula nak buka buku akaun bank Muamalat ni perlukan surat tawaran pengajian, yang aku bawa cuma Bil Pelajar. Satu masalah timbul, di mana aku nak cari cyber cafe di kawasan Suria Sabah ni? Tanya punya tanya, segala selok belok aku lalui dari Suria Sabah → Wisma Sabah → Jalan Segama 2 → Lorang Segama → Pejabat Pos Besar → Jalan Tun Razak → Centre Point [destinasi terakhir]. Baru jumpa cyber cafe. Dekat Segama tu ada juga 2 cyber yang aku jumpa di tingkat 1 tapi tak dapat print. Naik turus tangga tu tak usah ceritalah. Fuh, low stamina aku. Di Centre Point, pertama kali aku jumpa penggunaan komputer mengunakan duit syilling. RM 0.50 untuk 10 minit. 2 helai ja aku print sudah harga RM 1.40? Yaw~! Takpa, sabar2. Balik dari CP, aku terserempak dengan Izni ( RPeanz).

Kakak di kaunter.
No Giliran 1011, sesekali kakak yang tengah buat buku akaun aku tu bawa aku bercerita. Aku cuba bercerita tanpa menjanggalkan situasi. Namun, masih kedengaran janggal. Aku hanya mampu tersenyum memandang meja. Sifat ingin tahuku muncul. Dan aku memulakan soalan, rupanya kakak ni dulu ambil diploma jurusan perhotelan di semenanjung, katanya dapat peluang kerja di bank. Oh, camtu ceritanya. Masa depan yang tak terjangkakan? Alhamdulillah, yuran RM 1868.00, siap dibayar.

Main Game
Selesai urusan pembayaran, lepak sekejap di Suria Sabah. Ingat mau cari tempat bowling tapi rasa macam tak sempat. Jadi aku pun main game di pusat permainan yang terdapat di sana. Main drum, DDR yg guna tangan jak tu [best! hehehe]. 

Alhamdulillah, selesai langkah pertamaku untuk misi ke UniMAP.

Sekian.

4 comments:

  1. Kalau ada surat tawaran pengajian,kena masukkan duit simpanan tak?

    ReplyDelete
  2. Hm, duit simpanan? awak maksudkan selepas buka bank muamalat tu ke? it's depends. sy tak simpan duit dalam tu, hanya untuk bayar yuran pengajian saja. Tapi, kalau awak mohon ptptn di UniMAP, (kalau tak silap sy) kena ada bank muamalat untuk dapat duit ptptn.

    ReplyDelete
  3. waktu awak buka akaun tu, awak dah umur 18 tahun ke? dah lepas birthday ke? kalau belum, tak perlu ada parents eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. dah 20 thn lebih.. hm not sure lah pulak Izdihar..

      Delete