Monday 22 July 2013

Senyuman Itu

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.


Selama aku berkerja tetap menjadi cashier, banyak cabaran suka duka yang ku tempuhi. Dahulu, ketika aku seorang pelanggan, seringkali persoalan muncul di benak mindaku, 

"Kenapalah muka cashier ni garang betul, langsung nda senyum"

Kini faham lah aku. Agak sukar untuk mengekalkan emosi yang ceria dan sentiasa bertenaga terutamanya bila keadaan tak menentu, berurusan dengan pelbagai ragam pelanggan yang fuhh~, kerjasama yang tak seperti di harapkan.

Kedatangan pekerja sementara mengingatkan aku kepada keadaan aku ketika mula-mula masuk dahulu. Ceria, bersemangat, berpendirian tetap, dan sentiasa senyum kepada pelanggan.

Bersebelahan kaunter dengan salah seorang part time. Bila teda pelanggan datang membayar, aku duduk mengadap komputer, memandang telus ke hadapan walaupun sebenarnya dihalang dengan timbunan minuman soya. Terasa seperti diperhatikan oleh part time tersebut, aku memandang ke arahnya. Dia melarikan pandangan namun kembali memandangku sambil tersenyum. 

Gulp! Yawna. Apakaan ani? Menganggap itu sekadar gurauan, aku kembali memandang ke hadapan komputer. (Teringat kenangan semasa masuk kelas DTP semester 1 hinggalah ke semester 2; kalau tak silap aku. Takda teman yang selesa dibawa bercerita. Lebih selesa memandang papan putih, ke luar pintu atau tingkap, tidur. Nampaknya aku masih belum dapat mengubah kebiasaan itu.) Sekali lagi, rasa tak selesa. Aku bertanya, " Kenapa?" Dia sekadar memandang tanpa memulakan sebarang bicara. Aku memandangnya, perlahan-lahan mengorak senyuman ala-ala 'selamat tinggal' dan terus berpaling mengadap kedai CD; secara auto membelakanginya. Nah, langsung nda terasa dipandang lagi. hehehe. Heh! BIkin aku perasan saja. hahaha

Tapi....
Balik rumah aku terkenang kembali. Jika difikir-fikirkan kembali dengan jiwa yang tenang dan minda yang positif. Ya Allah, sepatutnya aku bersyukur, masih ada yang senyum padaku. Itu menyedarkan aku bahawa amat sedikit sekali bilangan mereka yang aku temui, senyum seikhlas itu. Namun aku tangkas sekali menilai dengan tanggapan yang kureng nilai murninya. Hm, Istighfar mal.

~Senyum, tak perlu kata apa-apa.~

Sekian. 

No comments:

Post a Comment