Wednesday 17 July 2013

Pilihan Program UPU Aku untuk Degree

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konnichiwa.

Serba sedikit maklumat pilihan program yang aku pilih untuk permohonan kemasukan ke IPTA program pengajian lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2013/2014 kategori Diploma/Setaraf (Sains) selepas tamat Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

01. Adakah anda INGIN memohon Program Pengajian di UM, UKM, UPM, UTM?

Pilihan 1   : TK99 - Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan + UTM.

Pilihan 2   : KK08 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian ( Mekanikal) + UKM.

Pilihan 3   : KK13 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraam Dengan Kepujian (Pembuatan) + UKM.

Pilihan 4   : PK08 - Bacelor Kejuruteraan Mekanikal + UPM.


02. Pilihan Program Pengajian mengikut keutamaan selain IPTA di atas:

Pilihan 1   : CY92 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian + UTeM.

Pilihan 2   : CK39 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Inovasi) Dengan Kepujian + UTeM.

Pilihan 3   :BK08 - Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian + UTHM.

Pilihan 4   : RK84 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan RekaBentuk Produk) + UniMAP.

03. Pilihan bidang mengikut keutamaan
Bidang 1   : Kejuruteraan
Bidang 2   : Teknologi
Bidang 3   : Pengurusan

04. Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain pilihan anda di atas? : Ya.

Akhirnya, aku dapat tawaran dari pilihan ke-4. Sebenarnya, parents aku suruh aku kekal pada kos aku samada mekanikal ataupun pembuatan. Di situ aku berada dalam dilema. Faktor utama aku pilih diploma aku dulu ialah sebab guru Lukisan Kejuruteraanku di SMK(A) TUN SAID, ambil bidang ini. Ini pun merupakan pilihan kedua aku selepas Diploma Kejuruteraan Awam bagi kemasukan ke Politeknik dulu. 

Setelah, hatiku yang gundah ini mendengar dan membaca sumber inspirasi + motivasi + sokongan dari ibu. Aku putuskan untuk memenuhkan tiga dari pilihan itu dengan kos rekabentuk. Tawakal semampuku, sabar yang selalu diuji dengan mimpi2 mau sambung study.

Alhamdulillah, Ya Allah, berkatilah pilihanku ini. Aamiin.

Sekian, Alhamdulillah & Wallahualam.

2 comments:

  1. salam nak tanya.. lau time degree kita apply kos selain dari bidang engineering bley x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. lepasan diploma ke atau lepasan matrik teknikal ? sy tak pasti kalau dri matrik. tpi kalau ikut requirement utk degree, degree tu kena ada kaitan dengan diploma yg diambik dulu.. ada classmateku, skg dia ambil degree engineering yg menjurus kpda bidang pendidikan di uthm... tpi kalau awk nak ambik totally opposite dri bidang engineering tu, maaf, sy tak pasti sgt.. hopefully bermanfaat. :)

      Delete