Wednesday 27 August 2014

Saat-saat paling cemas bila kereta kehabisan minyak.

Saat-saat paling cemas bila kereta kehabisan minyak.

27 Ogos 2014
Hari ini, hujan lebat amat. Dengan kepercayaan kepada meter ukur minyak kereta yg nda berapa berfungsi, aku nda tau yang minyak kereta hampir habis. Tergerak hati mo isi minyak kereta. Tiba-tiba, masa belok masuk ke Petronas dekat sekolah lama aku tu, kereta terhenti betul2 dalam laluan kereta berlawanan arah. Ku cuba menghidupkan kereta tapi gagal dihidupkan. Kereta mula berhenti, menunggu aku beralih dari laluannya. Cubaan kali kedua tetap gagal. 

Dalam hujan yg amat lebat, aku keluar dari kereta. Mencecah kakiku di atas jalan raya, air hujan sudah separas buku lali. Segala kekuatan yang ada, tolak kereta sekuat mungkin masuk ke kawasan petronas supaya tidak menghalang laluan jalanraya. Sekali tolak, tidak tergerak langsung kereta. Kelam kabut mengatur langkah, kedua-dua selipar tertanggal. Berkaki ayam menolak kereta. 

Akhirnya, tolakan itu berhasil namun, roda kereta berada dalam kedudukan membelok, ingin ku arahkan adikku yg berusia 8 thn itu meluruskan kedudukan roda kereta. Tapi aku masih waras. Berlari secepat mungkin ke jendela pemandu, kuputar sekuat mungkin. Dalam kelajuan yang aku harap aku boleh perlahankan, kereta itu terundur ke belakang, kembali mendekati laluan jalanraya. Berjaya meluruskan kedudukan roda kereta, sewaktu aku berpusing kembali ke bonet kereta, sekilas ku lihat kereta hillux berwarna hitam, datang dari arah laluan kereta keluar selepas dari petronas, laju lalu memakirkan keretanya tidak jauh dihadapanku. 

Aku masih berusaha menolak kereta, tiba-tiba seorang lelaki bertubuh gempal, berbaju merah dan bertopi, datang berlari anak mendekati kereta. 

"Kenapa ni?!"
"Teda minyak kali."
"Bah ko masuk (masuk kereta, kawal stering)."

Aku laju masuk ke dalam kereta. Pak cik itu menolak kereta kami hingga dekat ke stesen minyak 1. Keluar dari kereta, pak cik itu sudah bergegas pergi ke keretanya. 

"Terima kasih pak cik" aku separuh menjerit.

Pak cik itu hanya berpaling dan seakan menerima laungan penghargaanku meskipun tidak kenal antara satu sama lain.

Sedar yang aku masih berkaki ayam, aku berlari menuju ke jalanraya, nampaknya seliparku tengah berenang di air yang bertakung. Siap isi minyak, pak cik dekat stesen minyak tu tolong aku isi minyak sambil tersengih ja tengok aku yang dah basah kuyup kena hujan. Kelam kabut sungguh lah.

Masa ini, bukan aku nda perasan, ada orang lain di Petronas tu, tapi teda yang datang tolong masa aku terkial-kial nak tolak kereta jauh dari jalanraya. Itu buat aku sedar sedikit hidup ini macam mana. Kadang-kadang, pertolongan itu hadir dari arah yang kita nda sangka-sangka akan datang. Kadang-kadang, orang jauh yang pi tolong walaupun orang dekat itu ada di sekitar kita.

 Alhamdulillah, ada pak cik yang masuk dalam kawasan petronas dan turun tolong sa walaupun nda kenal antara satu sama lain.. Terima kasih pak cik sebab sudi tolong sa masa tengah-tengah hujan tadi. Semoga Allah memberkati dan dimurahkan rezeki Pakcik sekeluarga.

No comments:

Post a Comment