Sunday 21 September 2014

My 21 September 2014

Apa cerita kamurang hari ni?

Cerita aku...

Kawan kelas ajak buat tugasan CATIA, dan sorang lagi nak datang hantar buku yang aku pesan sambil buka juga tugasan CATIA, Nisa namanya, org Perak. Ada juga la, belajar CATIA, dia dah siap buat, aku pula belum mula satu apa pun.

Jadi kena siapkan tugasan yang pensyarah subjek CAD bagi pada hari Jumaat lepas (19 September 2014). Lukisan ada 4. Kami dah buat dua lukisan tu pada hari pertama kelas dalam masa 4 jam, sebab baru nak belajar guna CATIA kan.

Kertas Tugasan


Figure T2.4 (b)

Masa ini, aku ada masalah dengan bulatan kecil di bawah tu bila aku nak buat tangent dengan garisan lurus di atas tu. Secara automatik radius bulatan tu mengecil pula. Ini antara perkara baru yang aku jumpa masa buat tugasan CATIA ni. Geram juga kadang-kadang.

Dah siap! (Pada pandangan aku lah). Ada satu perkara yang aku hairan amat, sehinggakan aku bawa laptop aku berjalan pi jumpa dengan pensyarah di depan waktu kelas dah habis. "Kenapa ada dua warna, hijau dan putih?" Pensyarah kata itu biasa ja. Asalkan jangan warna ungu, sebab kalau warna ungu itu maknanya dah Over Constraint.

Pandangan setelah keluar dari Sketcher.
Oh ya! Ini aku guna paksi XY plane masa buat dalam Sketcher


Figure T2.4 (a)

Rakan kelas aku, Farahim, telefon tanya pasal nak buat 6 bulatan kecil tu, masa aku tengah buat lukisan di atas tu. Malangnya aku terlupa langkah-langkah nak buat rotation tu. Masa nak buat ini pun, aku pun hampir mati kutu nak ingat langkah-langkahnya. Alhamdulillah, ingatan aku masih di tahap yang ok lagi. Teringat cara-cara buat masa dalam kelas Jumaat lepas. Agaknya, kalau aku tak follow up dalam kelas, sah aku tak tahu nak buat rotation ni.

Bulatan yang beradius R105 tu, aku guna 3 point circle. 
Wujud juga perasaan 'Eh, betulkah juga ni?' masa aku buat tu, tapi entah lah, banyak style Try and Error ja yang aku buat dalam CATIA ni. Kena tanya pensyarah juga ni.

Alhamdulillah, dah siap. 
Mula tadi dalam jam 8.30 mlm, 
habis buat dua lukisan ni lebih kurang jam 11.58 mlm juga lah. Lama juga~! Takpa mal. 
Keep calm and upgrade, Insya-Allah.

Tiba-tiba rasa nak jadi pensyarah CAD pulak. hehehe


Al-Fatihah.

Selamat Malam, baca doa tidur ya.

Assalamualaikum, Konbanwa.





No comments:

Post a Comment