Wednesday 3 September 2014

My 3 September 2014

3 September 2014
Jalan-jalan bersama Ibu di pekan Kota Belud. Berurusan di Pejabat Pos, lalu ke pasar tani membeli ikan dan buah-buahan. Keluar masuk di beberapa kedai kain, pi Gulam, habis berjalan terus pulang.
Rehat seketika, buka lappy the baby. Buka tabs Fb, mmog, blog, dan portal. Masuk portal, niat melihat selintas lalu. Pi lecturer note. Pergh~! Mantap. Dah ada update terbaru. agaknya macam ringkasan mengajar lah kot ni. 9 kuiz dan midterm dah ditetapkan pada setiap minggu.
Kalau dulu boleh sakit jantung rasanya bila tiba-tiba dengar " Sila keluarkan sehelai kertas, tulis nama dan nombot matriks." Sebab tak bersedia akibat turbulance of individu dan group assignment + group discussion yg tumbuh macam cendawan selepas hujan di permulaan dan pertengahan semester. Yg ni rasanya tak dapat lah nak beralasan tak bersedia, sebab jadual dah ada, unless kalau memang dah pelupa + pemalas tu. Go to mode survival okay.
Sekarang ni alhamdulillah masih di KB. tapi bila dah macam ni rasa macam UniMAP tu jauh sekilometer jak dari rumah aku. Hoh. Mampu ka ni? Baru nak buka sem, tapi jiwa dah jatuh. Mo struggle berdiri balik pun rasa rimas. Rasa mo duduk mendongak ke langit.

No comments:

Post a Comment