Thursday 20 February 2014

Festkon Vs Chit Chat

21 Februari 2014, Jumaat.

Alhamdulillah, kadang terlupa untuk bersyukur atas nikmat yang diberik7an tatkala menjalani kehidupan seharian. Tadi, aku baru jak melalui keadaan yang buat aku serba salah untuk membuat pilihan sama ada berdasarkan kemahuanku atau pun keperluanku. "Wants or Needs?" As my mother said before.


Festival Convocation Festkon 9
Permohonan yang aku hantar masa semester 1 sesi 2013/2014 terjawab pada beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah, aku diterima sebagai dekart untuk program ini. Sejujurnya, aku tak tahu apa-apa pun berkenaan dengan program Festkon ini, tapi disebabkan aku sendiri dah berazam nak mula aktif dalam beberapa program nanti masa semester 2, aku cabar diri untuk ikut program ini. Memandangkan aku menghabiskan semester 1 sebagai pelajar yang tidak aktif mengikuti mana-mana program. Adakalanya, perasaan bosan menyelubungi diri dan buat aku banyak terkenang masa lalu serta masa yang lapang tu aku buang begitu sahaja dengan pengisian agenda tidur, duduk terperap di dalam rumah. Sekurang-kurangnya, bila dah ikut program ini, aku lebih peka sedikit.

Selain itu, aku berharap dengan mengikuti program ini, aku didedahkan pada teknik-teknik pengurusan program, tempat-tempat yang menarik dan apa-apa saja yang berbentuk ilmu pengetahuan dan pengalaman, memandangkan aku ada satu rancangan yang aku sendiri tak pasti boleh dilaksanakan atau pun tidak, bergantung kepada kebolehan, keberanian, dan kesanggupan aku untuk menempuhi segala rintangan demi menjayakan rancangan aku.


Chit Chat
Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Keterujaan aku tidak bertapak lama. Program chit chat anjuran PPK Pembuatan yang diwajibkan untuk pelajar tahun 1 buat aku serba salah. RM20 untuk sehelai baju program itu, tak menjadi masalah bagi aku sebab aku masih mampu untuk bayar. Tapi program Chit Chat ini dibuat pada 22 Feb manakala Kursus Team Building Festkon pula dibuat pada 21 Feb - 23 Feb. Ada beberapa perkara kecil juga yang menjadi unsur negatif yang buat aku tak berapa nak ikut program Chit Chat ini. Almaklum sekarang ini cuaca di negeri Perlis Indera Kayangan, panas. Pokok-pokok yang dahulunya segar kehijau-hijauan sekarang tampak layu kekuning-kuningan. Aku nak jalan menuruni bukit dari tempat perhentian bas menuju ke bangunan PPK Pembuatan pun rasa nak sakit kepala, mata pun silau sikit, kira panas lah. Dah lah, stamina aku ni pun paras 20 - 30 ja. hoohoh

Walaupun ada sekelumit perasaan tak senang dengan perkara kecil macam tu, aku akui, jarang sangat dapat jumpa senior di PPK Pembuatan ini. Jadi, oleh kerana kesan positifnya, agak kukuh untuk dipertimbangkan, itu yang buat aku 50-50 nak pilih antara dua ni.

When Time Be The Answer
Aku bangun tepat jam 10 pagi memandangkan aku masih dalam 'cuti'. Bas yang bawah peserta Festkon akan bergerak pada jam 10.30 am. Bingkas bangun nak mandi, rupanya ada housemate tengah guna. Siap mandi dah jam 10.42 am dah. Hm, aku hanya mampu melihat jam. Duduk berteleku di kerusi, memandang kosong, perasaan seakan-akan samar-samar ku rasa. Dengan berat hati, aku hantar pesanan ringkas kepada nombor yang hantar khabar berita tu, yang mengatakan aku tak dapat nak ikut program disebabkan ada program Chit Chat untuk tahun 1. Lama tiada sebarang tindak balas. Aku pasrah.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi di corong pembesar suara, ternyata ianya 'panggilan terakhir' untuk peserta program Festkon. Aku kembali sedar, bersiap dengan baju biru UniMAP. 

Sampai sahaja aku di pondok perhentian bas, ternyata hanya ada sebuah bas sahaja yang dihidupkan namun tidak berpenghuni.

"Pak Cik, bas ke Pahlawan, Jitra dah jalan ke?"
"Dah, ni tertinggal ke?"
"Hm, tak. Nak jumpa kawan tadi."

Niatku, kalau sempat jumpa dengan mana-mana ajknya, aku nak tanya kalau aku boleh minta perlepasan untuk hari Sabtu tu, tapi dah begini kejadiannya, aku tak mampu nak kata apalah. 

Tiada hala tuju lain, aku kembali ke gerai Shafaz untuk makan tengahari. Nasi + Daging masak kicap, RM2.50. Kembali, ke rumah, cuba menenangkan perasaan sendiri. Aku pasrah buat kali kedua.

Sekian.

No comments:

Post a Comment