Friday 21 February 2014

Luahan: Malam Sebelum Program Chit Chat.

Hai.
Sekadar untuk meluahkan rasa di jiwa.
Agar kurang sedikit rasa yang bercelaru di dalam hati ini.
Esok merupakan program chit chat bersama senior.
Aku rasa gemuruh.
Kakiku sejuk namun berpeluh.
Mataku seakan-akan tidak mahu lelap.
Sedih berbaur rindu.
Baru saja aku layari laman sesawang.
Melihat keindahan Tasik Melati.
Indah, sungguh indah, Subhanallah.

Di sebalik keindahan itu,
Memandang indah pemandangan itu,
Ku harapkan dia ada di sini,
Tidak lekang jauh dariku,
Sentiasa menemaniku,
Bersama-sama gurau sendanya,
Senyum cerianya,
Sayang,
Hadirnya cuma di kenangan lalu.

Bagaimana hendak aku nikmati pemandangan indah ini,
Bila saja di setiap keindahan itu,
Dibayangi oleh bayangannya,
Senyum tawanya, buat hati ku gembira.

Sayu semakin sayu,
Air mata, ku tahu kau lama ditadah,
Sabarlah buat seketika lagi,
Ini bukan saatnya,
Ini bukan tempatnya,
Ini bukan kerananya,
Ini bukan kerana siapa-siapa,
Itu pilihan aku sendiri untuk mengharungi laluan ini.

Detik-detik yang berlalu,
Hari demi hari,
Minggu berganti minggu,
Tahun silih berganti,
Bayangannya masih segar dalam ingatanku,
Tidak kira betapa lama aku cuba,
Aku masih berharap.
Ya, harapan itu masih ada.

No comments:

Post a Comment