Friday 21 February 2014

Diary Seorang RPeanz (Bab 1)

Sibuk.
Kelihatan seorang gadis remaja, memerhati telus ke luar tingkap. Satu persatu urusan mulai beratur di mindanya. Selesai sahaja kelas ini, dia perlu bergegas ke suatu tempat. Sejurus pensyarahnya menamatkan kelas, dia keluar, laju menuruni tangga, berjalan pantas menuju ke arah destinasi. Tidak peduli siapa yang memandang, tampak bersahaja namun huru hara, Song Ha Na.

Tiap baris nama, disusun dan diatur, ada yang berdasarkan jadual mereka dan ada yang berdasarkan permintaan. Gembira, semuanya berjalan dengan lancar. Hari rabu itu, Song Ha Na langsung tak menyangka satu nama yang muncul menjadi satu kisah baru dalam hidupnya.

Kang Maru, memasuki ruang utama, nama itu menjadi sebut-sebutan diiringi dengan kejayaannya baru-baru ini. Song Ha Na, tertanya-tanya siapa gerangan tuan empunya nama. Ada yang mengatakan paras rupanya 'handsome' lah, itu lah, ini lah. Song Ha Na masih tidak dapat mengenali siapa gerangan orangnya, sekadar mengucapkan tahniah di dalam hati.

Hari Rabu tiba lagi, walaupun tempat itu ibarat rumah keduanya dan penghuninya sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri, namun apabila tiba setiap hari Rabu, tugas yang perlu dilaksanakan membuatkan Song Ha Na ketepikan soal ketenangan dalam rumah keduanya, keramahan berkeluarga. Tugas itu satu amanah, yang akan dipertanggungjawabkan nanti, itu prinsipnya dari dulu.

Lantang suaranya, memaksa ahli lain untuk bertugas. Dibenci kerana melakukan tugas? Song Ha Na, cuba untuk tidak ambil peduli itu semua, yang penting dia menjalankan tugasnya. Bukannya dia tidak peka pada keadaan sekeliling, bahkan ada ahli yang sendiri bersuara melontarkan respon balas pada tindakannya, bagi Song Ha Na, dia bertindak apa yang perlu. Mana-mana respon yang diterima, dipertimbangkan baik buruknya. Song Ha Na sudah sedia maklum risiko menerima tugas ini, oleh kerana tugas ini, sedikit sebanyak dia mengenali siapa yang mampu berada di samping dia di saat susah dan senang. 

Setiap buku-buku yang siap disusun, diteliti nombor susunannya. Adakalanya fikirannya hilang meresap ke celah-celahan buku, memaksa Song Ha Na memulakan kembali pemeriksaannya. Apabila terdapat kedudukan buku yang salah, dia hanya perlu menarik separuh buku tersebut, cukup untuk memastikan rpean itu tahu terdapat kesilapan di situ. Hairan juga, namun setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Atas sebab itu, Song Ha Na mengarahkan agar membuat 3 kali pemeriksaan susunan buku sebelum dia dipanggil untuk membuat pengesahan. 

Ketika waktu junior, Song Ha Na berada di semester lalu pun, dia pernah terkena setelah taraf penyusunan buku-buku di perpustakaan melalui program shelving perdana. Song Ha Na masih ingat lagi, sewaktu dia duduk menunggu untuk menandatangai kehadiran untuk menyusun buku setelah selesai menyusun buku, En. Rahul datang menghampiri dia.
" Song Ha Na, dah siap shelving ke?"
" Dah encik, errr...tapi tak tahu lah ..."
Setiap susunan buku di rak 500-599 itu diteliti, Song Ha Na jadi tak keruan, risau kerana kelekaannya untuk memeriksa kembali setiap susunan buku di rak tersebut dan terus duduk bersenang lenang menunggu kertas kehadiran. Satu buku, kerana kesilapan kecil itu, buat Song Ha Na cuba untuk lebih teliti memeriksa susunan buku di setiap rak. Berpinar-pinar matanya melihat semua nombor, bukan masalah baru. Memang begitu lah kejadian.

Dari kejauhan, kelibat seseorang menunggu gilirannya untuk Song Ha Na memeriksa rak bukunya. Dia, Kang Maru, duduk di meja berhadapan dengan rak buku yang sedang diperiksa oleh Song Ha Na. Sesekali dia datang mendekati dan menegur, supaya Song Ha Na tidak lupa giliran rak bukunya pula selepas itu. Entah sebab apa, Song Ha Na minta dia dan seorang lagi rpean untuk menolongnya memeriksa bersama-sama setiap susunan buku di rak 600 itu, dek kerana terlalu banyak dan padat barangkali.

Tiba di giliran Kang Maru. Dengan wajah yang ceria dan petah berbicara, mulanya Song Ha Na berasa hairan tapi selepas itu dia berpendapat bahawa mungkin memang kerana personalitinya begitu. Pada petang itu, buat kali pertamanya Song Ha Na memeriksa rak buku dengan senang hati kerana terhibur dengan gelagat Kang Maru yang ala-ala juru jual yang mempromosikan buku.

Akan bersambung. . .

No comments:

Post a Comment