Wednesday 26 March 2014

Upin Ipin : Terima Kasih Cikgu part 3 dan aku?

Alhamdulillah baru sahaja jumpa beg aku yang terkurung selama dua hari di Perpustakaan Pauh akibat kelam kabut dan LUPA lokasi loker beserta kata kuncinya sekali. Memandangkan perut terasa lapar, aku menuju ke Cafe di Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan. Mee Goreng halus dan Teh ais, aku duduk mengadap televisyen. Mujur tak ramai lagi pelajar masa tu.

Masa tengok cerita upin ipin, masuk part budak-budak kelas bagi hadiah kad pada cikgu dorang tu, entah rasa sebak pula hatiku tengok. Mata bergenang air mata. Aku pelik dan hairan. Apa kena mengena babak ni dalam hidup aku, tak pernah berlaku pon sebabak macam tu dalam hidup aku setakat ini. Aku cuba bertenang, tapi rasa sebak itu masih ada.

Pelajar semakin ramai mengambil tempat di ruang meja makan cafe. Aku kesat air mata yang bertakung dengan hujung tudung. Aku pelik kenapa aku boleh terharu sampai macam ini. Sejujurnya, aku rasa pelik. Sepatutnya, aku rasa bahagia sebab jumpa beg aku tu. Tapi kesudahannya begini. 

Selang beberapa minit kemudian, aku terpandang depan aku bahagian kanan, uis, tu senior dari program chit chat di Tasik Melati hari itu. Siap habiskan air minum, aku bergegas pergi, risau kalau dia masih kenal muka aku ni. Masa program bukan main lagi ke sana ke mari, dok kecoh nak melawak bagai, silap haribulan, boleh-boleh nampak aku touching depan tv. hohoho

No comments:

Post a Comment