Friday 18 November 2011

Tekanan Yang Disebabkan Perkara Remeh Temeh


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ya. . .


Stress atau lebih dikenali sebagai tekanan. Biasalah its normal bila kita menghadapi tekanan dalam liku-liku kehidupan. Namun, tekanan ini boleh dikurangkan seandainya kita tidak menganggap mudah pada beberapa perkara yang remeh temeh yang sebenarnya memberikan impak sedikit demi sedikit dalam kehidupan seharian kita. Selagi ada yang boleh di elakkan maka berusahala untuk mengelakkan perkara-perkara berikut.



1. Tidur dengan kipas mengarah ke muka & leher.

Cara tidur sebegini akan membuatkan individu tersebut berisiko untuk mengalami sakit kepala. ini kerana leher terdiri daripada otot, pembuluh darah dan saraf serta memiliki beberapa titik yang mudah rasa sakit. makanya, jika dirangsang terus menerus oleh angin dari kipas akan menyebabkan kepala terasa pening.



2. Tidur dengan Television Menyala.
Biasalah tengok tv sehingga terlelap di sofa. Ada yang siap dengan bantal lagi baring straight mengadap tv. Kebiasaan ini akan menyebabkan individu tersebut mengalami pening-pening, mudah cemas, tertekan malah mengidap kanser. Namun begitu, kebenarannya belum dapat disahihkan lagi. Maklumat yang diperolehi menunjukkan elektronik yang berada di sekitar individu tersebut akan mengeluarkan gelombang elektro magnetik yang boleh mengganggu tubuh dan peti sejuk, pengering rambut dan television adalah antara yang mengeluarkan gelombang tersebut.



3. Bangun, Sarapan Pagi~!
Fakta! otak memerlukan bahan bakar untuk bekerja iaitu glukosa dari makanan. No doubt lah, bila otak kita tidak mampu berfikir dan tumpukan perhatian pada sesuatu perkara tu sekiranya kita belum mengambil sarapan pagi.



4. Gosip! Gosip! Gosip!
Kita tak perlulah bercerita tentang orang kerana itu secara lansung akan membuat kita bertambah tertekan kerana masalah sensiri pun tak selesai kemudian ditambah pula dengan hal orang lain.



5. Tidak Ikhlas.
Ikhlaskan diri ketika berkhidmat mahupun memberi bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan atau ganjaran. Hal ini kerana, kita pasti akan kecewa sekiranya tidak mendapat apa yang diharapkan. betul tak? hehehe



Good Luck ! Ahakz.

No comments:

Post a Comment