Saturday 21 April 2012

Bila Aku Belajar (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kali ini post aku berkenan dengan rasa-rasa (perasaan aku)

Bila aku mula nak belajar sempena peperiksaan akhir ne

Memandangkan minggu depan aku ada dua kertas peperiksaan

Kertas subjek J5127 (24 April 2012)

Kertas subjek B5001 (25 April 2012)


Aku mula belajar subjek J5127 - Kawalan Pembuatan yang mana menggabungkan teori dan pengiraan. Untuk sedia maklum, aku ne kurang mahir dalam bab pengiraan tapi alhamdulillah setakat ne, aku lulus semua subjek pengiraan dan teori + pengiraan. itu pun aku rasa memang dah tahap study hard dah aku ne kalau masuk bab pengiraan. Nda ngam aku study smart kalau bab pengiraan ne.hehe

Semalam ikut lepak di rumah cheche Reyn bersama-sama kakakku pija, mirna, anas dan yan, kira nak belajar bersama-sama gak. Ada juga aku jeling2 teori kawalan pembuatan tu, tapi tak masuk sangat dalam kepala ne. Astagfirullah, apa nak jadi ne, minggu depan mau peperiksaan akhir sudah ne. Layan tgk tv, pastu bercerita, dekat2 jam 2 baru kami masuk tido. Selamber ja aku spotlight sofa tu bikin tempat tido aku. Memang dah biasa tido kat sofa pun.^_^. Sambil baring-baring tu, aku baca2 lah teori, dah tak dapat melekat kat minda aku ne, 
aku give up, terus tido ja.hahah


Masa tido tu aku rasa tak selesa dah sebab kusyen sofa tu dah berubah settingnya. Aku pun malas mau bangun untuk setting kusyen tu baik2. Tak sempat aku set, BUKKK! jatuh tertiarap aku d atas lantai tu. Tetiba kakakku pija bangun terus duduk ne dia, "Astagfirullah, Amal". Belum sempat aku bagi signal suruh senyap ja, aku nampak dah c Yan tengok aku sambil tersengih. dalam hati aku 'Habislah aku pagi karang ne': tau sangat fi'il dorang ne. hahaha

Lebih kurang jam 8 lebih aku bangun, belajar di meja makan bersama-sama anas. Aku mula jawab soalan peperiksaan J5127 semester lalu, soalan teori, alhamdulillah dapat aku jawab (itu pun masih rujuk nota2), tapi masuk bab pengiraan. Habis! Masuk bab Material Requires Planning, Critical Path, Economial Order Quantity dan seumpamanya, aku dah mula bingung-bingung. Takda lain cara, aku harap bila aku jumpa kawan aku, boleh lah aku minta tolong ajar aku dalam bab pengiraan ne nanti. Pastu, mana lagi nak fokus bahasanya, ya lah, belajar Bahasa Malaysia, bila masa nak jawab soalan peperiksaan tu dah Bahasa Inggeris. Rasa Nak Memaki pun ada bila aku tak faham istilah2 yg digunakan dalam soalan tu. huhu. 
Pasrah aku dengan soalan bahasa Inggeris ne.

Bila aku dah jumpa kawan aku c Tambey ne, nak aku minta ajar, dia takda mood pulak!Kalau ajar aku pun, mesti last minute punya! Memang sejak semester 1, aku kenal dia memang begitu perangainya. Tapi aku ne pula tak serik2 nak bagi peluang dia ajar aku supaya kot2 dia ne berubah lew. Tapi sampai sekarang ne, jam ne, minit ne, saat ne, tak juga berubah. Nak juga ikut moodnya, OK! (ne memang kes kecik hati lah ne, tak kena ajar) hahaha. 
Takpa lah Ahdeen Tambey, aku tau ko serik dah nak ajar aku kan. 
Biar lah aku cuba alternatif lain, nda la aku mau kacau ko belajar. Belajar lah ko bila dah ada mood yer!
Thanks for everything that u thought me every last minute time.
This time I will try my best with myself, InsyAllah.

No comments:

Post a Comment