Sunday 16 December 2012

16 Disember 2012 (Belajar Motor + Shift Afternoon)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama dah menyepi diri dari post baru. Oke ni kali lah, update my recent aktiviti. 

Hari ini work shift afternoon dan baru sekarang aku sedar bila aku tengok punch card aku, mostly aku daat shift afternoon semenjak pekerja sementara masuk sempena bulan 12 ni. Sebenarnya bersyukur juga la, sebab bulan Disember 2012 ni, aku agak sibuk dengan event baru iaitu aktiviti mengambil lesen kereta dan motor. Bayaran secara ansur-ansur bermula dari bulan November lagi sebenarnya. Mula belajar pula bulan Disember. Ya la, mau tunggu lesen 'L' tu matang sebulan.

Jam 8 sepatutnya aku dah naik motor dan round-round di litar Institut Memandu namun hakikatnya aku baru nak buka mata bangun dari tidur. Kedengaran bunyi kuali dikuar-kuar dari dapur, hah tu mesti my beloved mom tengah masak sarapan. Nak ku salahkan jam penggera telefon Nokia Classicku yang tak berbunyi pun bukan salahnya sebab dia landing2 sana meja ruang tamu, jarak 4 - 5 meter dari telingaku. Hadui. . . Lincah bersiap semuanya, sempat lagi sarapan tu. aku pun sampai di Institut Memandu jam 8.30 am.



Nampaknya pelajar sikit ja pada hari Ahad ni berbanding dari hari kelmarin iaitu hari Sabtu. Ramai giler~ Banyak bersaing kalau mo belajar menggunakan motor. Belajar di bahagian II bermula dari pusingan angka 8, jalan berselekoh, menunggang tidak kurang dari 7 saat di titian, melalui bahagian halangan kon, dan yang terakhir me'rempit' untuk brek kecemasan. hehe. . .Dorang sediakan 3 buah motorsikal yang masing-masing dengan kelebihan dan kekurangannya. So, mau tak mau, kena biasakan dengan ketiga-tiga motor tu, takot-takot masa ujian JPJ, kena dgn motor yang tak biasa aku guna..fuh~

Sudah siap bahagian II, terus ke bahagian I pula iaitu laluan motorsikal. Yang ni berhampiran dengan litar memandu kereta, kebetulan ada juga orang belajar kereta. Giliran aku belajar kereta hari Rabu. Hari Sabtu dan hari lain2 pula belajar motor, macam hari ni. Tengah aku tunggang motor mengikut laluan tu, sempat jua aku lirik-lirikan mata ke bahagian belajar kereta dan aku nampak Saudara itu. Macam biasa, senyum. Whoa, dari jauh pun aku boleh nampak dia senyum. Hehe. Rupanya, dari tadi lagi dia ada kat pondok memandu tu. Mungkin tengok-tengok kami tunggang motor sementara tunggu giliran memandu. 

Aku rasa sama-sama jua tarikh kami mendaftar motor dan kereta. Mula-mula pun jumpa masa bengkel motor. selepas tu, masuk bengkel kereta pun terserempak dengan Saudara tu. Kali ketiga terserempak di kedai, senyum sambil angkat tangan. Pastu masuk bengkel motor kali kedua, sama-sama baru sampai dan bingung2 nak masuk mendaftar dulu atau terus ke bengkel..haha

Ada sorang lagi, yang ni aku detect asal aku pi laluan, mesti dia yang follow dari belakang. dah masuk kali ketiga, aku berhenti. bagi peluang orang lain pulak. Anyway, bro ni always ceria n senyum sokmo lak tuh. haha. apa pun, it's time to go to work so, i decided to go back home early. Esok kena pergi lagi. Padahal, esok shift aku morning..aihh lama suda nda shift morning.

Sampai ke tempat kerja, parking motor + pasang kunci basikal (hehe) kat tayar belakang, aku pun masuk punch card dan thumb print. Take kaunter Fida di kaunter 3 sehinggalah dorang habis rest. Buat kerja-kerja Afternoon, pi trip-trip jadi sale assistant ni susun barang di bahagian candy-mandy dan gardenier (my favourite routine, rasa macam shelving buku, nostalgia sungguh.hehehe), jarang dah masuk bahagian dapur untuk bungkus sayur-mayur. Ikut kak Mas pi Polyclinic jap, pastu continue susun barang-barang. Jam 3 ptg, naik ambik duit kaunter, aku dapat kaunter 2. Ganti Rimie yang shift morning kat situ. Suddenly, I realized! Mostly, bila aku shift after ni, aku take after Rimie. Rimie ni budaknya pendiam sungguh, sampaikan aku segan mau bercakap ma dia. takut2 teda respon. (Rimie, if you read this, please don't misunderstood me ya.) Aku memang tak peramah dengan kawan2 yang pendiam. Kadang-kadang aku pun terus jadi pendiam jua...paling kurang pun kena ada 3 orang baru aku boleh berkata-kata dengan seperti biasa. hehe. Walaupun aku suka dengan orang yang agak pendiam, tapi only for diam-diam ubi berisi. Bila berkata-kata penuh dengan ilmu dan segala-nya yang baik dan perlu sahaja. 

Berdepan dengan situasi pelanggan pula, boleh2 dia kata ada kawannya di telefon bahawasanya dia sedang berada di Negeri Melaka sedangkan dia tengah berdiri di hadapanku untuk membayar barang2nya di G*mart, Kota Belud, Sabah. Amboi. Respon paling jujur dari kak Aya dan Fida, ketawa depan-depan pelanggan tuh. Aku? ketawa dalam hati, senyum di bibir. :D

Tengok reportku, alhamdulillah. BALANCE! Walaupun wujud dugaan dan perasaan was-was yang bergelumang di minda sentiasa. Nasib baik aku terdetik nak masukan duit RM 0.10 yang berada di kakiku. Sebab kadang-kadang, aku sendiri tak sedar kalau ada duit yang terjatuh sewaktu kira duit atau bagi baki duit kepada pelanggan. Bila sound music dah kuat dalam kedai, bunyi jatuh duit pun nda kedengaran. Sebab tu, kena hati-hati. Ni pesan dengan diri sendiri dan juruwang sedunia yang masih bekerja. setakat ni, aku short RM 6.85 pada hari ke 16 di bulan Disember 2012. Aku dah bayar RM5.85. So, tinggal RM 1.00 lagi kena bayar. Tetiba jak rasa mau bayar short duit on the spot, supaya tak banyak yang nak bayar pulak selepas pinjaman setengah bulan atau gaji nanti.

Ingat jadi juruwang di senang ke? Short duit kat kaunter, juruwang tu sendiri ja yang bayar. Staff yang ganti masa dia pergi rehat/makan/tandas/me tak tolong dia bayar cuma tolong ganti dia jaga ja. So, jangan tau nak blame juruwang bila dia decide nak ambil masa kira duit yang kita beri kat dia atau baki duit kita, ni tak! tau mo cepat ja. ehh teda kaitan hehe. sorry, emosi sikit. sebab selalu kena dengan pelanggan yang asyik nak cepat ja. Cuba kalau aku kira nak buat jahat, kasi kurang seringgit ke, 50 sen ke.. Sapa untung, sapa rugi? nahh pokoknya bersabar dong bu. Dalam sehari tu, mungkin kita berurusan ma dia sekali, tapi dia berurusan ma puluhan manusia dgn pelbagai tabiat dalam sehari. Cuba-cuba la bertimbangrasa sedikit. paling kurang pun, bermula dari cara bagi duit ma juruwang. Bagi la dengan cara beradap sopan. Bayangkan lah kalau juruwang tu bagi balik baki duit kita seperti mana cara kita bagi kat dia. Agak-agak kita boleh senyum dan kata terima kasih ke dok? surung-surung papan, tarik-tarik papan, silap haribulan, kena maki depan-depan.

Esok ialah hari Isnin dan aku punya shift afternoon. Pagi ada bengkel motor masih belum pass titian 7 saat dan selekoh. Doakan aku berjaya eya, di dunia dan di akhirat. Aamiin.

Andai aku terkasar bahasa dan melukakan hati lantas membuahkan rasa derita jiwa, maafkan lah aku ya. Usah malu untuk menegur kesilapanku, kerana aku seperti mereka jua bisa melahirkan kesilapan. Maafkan aku ya, Insyallah, andai ada peluang aku menjengah kembali. . .

:D Publueberrylish.

No comments:

Post a Comment