Tuesday 14 May 2013

My Nokia 2730 Classic

Assalamualaikum W.B.T, Annyeonghaseyo Konbanwa~


Selasa, 14 May 2013. 
Waktu kerja aku bermula pada jam 12.30 tghri dan bertugas di kaunter atas [kaunter 7].

Rehat jam 3.30 pm, perut sudah mulai bergelora minta diisi. Masa jalan dari rumah, tak sempat aku menjamah nasi. Agak malas nak masak lauk. Aku buat keputusan untuk ikut kak Suzianah, Shazanah, dan Suzilah pergi beli makanan di Pasar Malam. Sebenarnya, aku pun hairan kenapa tiba-tiba aku rasa nak join dorang. Selalunya aku buat gerakan solo jak. Hm, dah terbiasa solo-molo dari sejak zaman budak kecik lagi.

Sekembalinya kami ke Gmart, aku mula mencari spot tempat duduk yang selesa. Tengah syok aku menguar nasi + lauk kari ayam + lekor  tu, aku pandang atas tangga. Huh! Ada pula manusia di situ, yang sebenarnya aku agak kurang berkenan dengan kehadirannya kerana kes matanya sungguh detail bila melihat orang dan bercakap tanpa diplomasi, jadi aku pun tukar posisi tempat duduk bermaksud untuk membelakanginya. 

Sekali tuh, tuink tuink, aku dengar bunyi benda jatuh. Tengok-tengok zip beg memang terbuka. Sah, telefonku jatuh! Yo` yang duduk bersama 2 orang supplier tu tanya apa yang jatuh. Pergh~ Malu jua aku sikit masa tu, tapi dengan selamber aku jawab, " Ah, nanti lah ambil tu, makan dulu." Tapi mata sibuk jeling2 bawah tangga tu.

Siap makan, aku cuba call guna telefon kak Suziana, dapat voice mail lah pulak. Aku sedar telefonku tu memang dah low battery tapi takkan lah secepat itu pulak sudahnya. Louis datang duduk berehat di tangga. Masa tu aku dah sibuk pasal telefon tu. Dia cuba suluh tempat tu dengan hpnya. Akhirnya, dia jumpa battery. Patutlah voice mail, battery dah tercabut dari badan.

Aku cuba pula dari tempat belakang, lol! penuh dengan susunan raga lah pulak! Masa tu aku fikir pasal sim card jak. Tiada satu nombor pun yg aku ingat melainkan nombor telefon aku sendiri. Nda kah kalut namanya tuh. 

Ada satu orang supplier yg tengah duduk tu, mirip macam muka Mr. B, honest! Bila aku tengok dia terus teringat ma Mr. B. Nampak rupa macam dia nak tolong. Badannya kecik jak, aku rasa memang muat masuk dari tangga tuh.. hahaha .. [jahat jap ni fikiran]. Tapi aku tolak dengan buat lawak yg tak berapa nak kena dengan situasi. Aku announce sapa yang dapat ambil telefon tu, aku belanja kfc Dinner Plate. Ni kali lah, yang penting aku dapat balik tekefon aku tuh.

One Of My Picture Book

Entah bila dan bagaimana, aku dengar suara mamat di bahagian belakang dekat raga tu. Eh? Bila masa pula mamat ada kat situ. Bila aku pusing belakang, dah hampir separuh raga tu dialihkan. Aku pun nda dapat mau tolong apa-apa sebab tempat tu sempit. Jadi aku berdiri jak sambil tengok mamat alihkan barang tu. Blurr ni. Tiba-tiba, budak yg mirip Mr. B tu datang mendekati  dan tanya 

" Dapat sudah ka?"
" Belum. "
" Sini, saya masuk sna. "

Aku no komen. Mamat masih jua di situ mengalihkan raga-raga. Then the budak, decided to let Mamat help me. Setelah berapa minit kemudian, dapat juga aku telefon nokia ni balik. Alhamdulillah. Free-free mop yg di jemur tu landing di rambut Mamat. Ahaha, Sorry mat! Esok ku belanja dinner plate walaupun esok aku cuti. hehe. Dah 3 kali aku menyusahkan ko Mat. Aigoo~ Sorry diii~

My Nokia 2730 Classic


Sekian untuk hari ini.


No comments:

Post a Comment