Wednesday 29 May 2013

The guy Next Wall And SJC

Assalamualaikum W.B.T
Annyeonghaseyo
Konbanwa

28 Mei 2013, Dewan Tun Said Kota Belud.

Sabah Job Centre


Kebetulan aku dijadualkan untuk kerja waktu tengahari, Alhamdulillah. Ini kerana Sabah Job Centre mengadakan program di Dewan Tun Said. Aku bersyukur sangat program ni diadakan, manalah tau ada nasib aku di situ pula kn. [Anticipated] Walaubagaimana pun keterujaan aku tu, aku lewat bangun la pula. Belum susun lagi dokumen2 yang perlu dibawa. Susun punya susun, jalan dekat jam 10.30 am jugak lah.

Tiba di depan dewan, sengaja aku letak motor depan-depan supaya dekat sikit jarak nak berjalan nanti. Ada meja pendaftaran di depan pintu dewan. Aku tengok senarai, hm? tak banyak orang datang? Apa pun, daftar dan dapat beg beserta buku SJC percuma.

Ketika aku sedang masuk, beberapa orang berada di hadapan dan mereka bercakap melalui mikrofon [ not paying attention ]. Aku menuju ke tempat kerusi untuk meneliti apa yang ada dalam beg percuma tu. Sementara aku menuju ke situ, mataku terfokus tepat ke muka seorang lelaki yang sedang duduk selang beberapa kerusi ke hadapan dariku. Dia jua memandangku lama dari yang aku jangkakan macam bila orang asing pandang kita, dorang alihkan pandangan dan buat tak kesah sebab dorang tak kenal pun. Hm, macam pernah nampak tapi di mana ar? Mungkin di Poli kot, tapi mustahil sebab jarang aku nampak. Gagal mengingati puncanya, aku lupakan terus dan perhatianku beralih ke beberapa meja yang sedang mengadakan  temuduga terbuka di situ. 

Kedengaran seperti namaku di panggil, rupanya kak Linda berada di situ bersama-sama kumpulannya. Mulanya aku ingat kak Linda bertugas sebagai ajk rupanya sangkaan ku meleset. hehe. Mereka semua pakai baju Azam Kerja berwarna oren. Tak pa kot kalau silap sangka dorang jadi ajk. hehehe

Kebanyakan agensi-agensi yang hadir terdiri daripada bank, spa, kolej yayasan sabah, cake, and so on. Tiada satu pun hadir seperti aku harapkan yang berkaitan dengan kejuruteraan / mekanikal / pembuatan dan seangkatan dengannya. Sedikit kecewa, aku beralih ke meja informasi berkenaan sjc. Duduk melayari laman sjc, seorang pegawai di situ datang mendekatiku. Dari corak perbualan, aku ringkaskan, encik tu hanya bertugas untuk membantu pendaftaran ke sjc dan tak berminat untuk melayani karenahku yang menginginkan penjelasan mengapa kurang sangat peluang pekerjaan bahagian mekanikal di negeriku yang tercinta ni. So, aku pun mengambil keputusan untuk berlalu keluar dari dewan bersama sijil2 ku.

Keluar dari dewan, aku menuju ke motorku. Duduk sekejap memerhati sekeliling [ Lepak jap ]. Kelihatan 3 orang sedang keluar dari dewan tadi, and he was there, the guy that I forgot about where I had met him before. Dia menghantar 2 orang kawannya ke kereta sementara dia berdiri berhampiran dengan meja pendaftaran dan berhadapan dengan tempat aku sedang lepak bersama motorku. Dia berdiri santai sambil memandangku dengan muka tanpa reaksi. Tiba-tiba aku teringat! Ya, aku ingat pandangan itu. 


The Guy Next Wall

Mengimbau kenangan aku bersekolah di SMK Pekan 1 masa 2004. Aku masuk kelas tingkatan 1 Melati, tempat dudukku di bahagian tengah dan paling belakang sekali. Masa tu bermula kelas subjek Sejarah, aku berpusing separuh ke belakang untuk mengambil buku dari beg sorong yang aku letak di bahagian kanan kakiku[lucu pula bila ingat beg tuh]. Bila aku angkat muka, tiba-tiba aku ter'bertentangan' mata dengan dia tepat melalui lubang yang terdapat pada dinding boleh lipat yang memisahkan kelas aku dan kelas dia. Dah tu, lubang dinding tu buat aku nampak jelas mukanya. Lagipun jarak antara meja aku dan dinding tu tak lah jauh sangat. Malu, aku cepat2 pusing depan. 

Masa rehat sekolah, masih tidak dapat menyesuaikan diri, aku pergi ke kantin bersendirian tanpa kawan-kawan. Selesai makan, aku jalan-jalan meneroka kawasan sekolah sementara menunggu masa rehat habis. Sekali lagi aku terserempak dengan lelaki itu, tetap memandangku dengan mukanya yang tanpa reaksi sambil berjalan melimpasiku. Adeh! Hanya kerana dua situasi itu lah, aku ingat mukanya sampai sekarang walaupun tidak pernah berbicara hatta mengenalinya sekalipun. Yang aku tau, dia tua setahun dari aku, dari kelas sebelah 1 Melati. Hah tu aje. Dari hari terakhir aku jumpa dia bulan januari 2004 hingga lah Mei 2013, wah 9 tahun juga berlalu. Tapi aku tak pasti la pula kalau dia kenal aku ke tak. Ala tak penting mana pun. Apa pun, aku harap kita dapat kerja yang baik dan halal ok! kot2 dia sesat blogwalking kat blogku ne. satu ja pesanku "Kalau kenal, tegur2 bah." hehehe

Bah, oyasuminasai, mata ashita everyone. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment