Thursday 30 May 2013

Aku dan 30 May 2013

Assalamualaikum
Annyeonghaseyo
Konbanwa


Oh Bulan
Setelah sekian lama, akhirnya dia datang melawatku lagi. Wujud kembali kerisauan yang lazim ekoran dari lawatannya yang sekali sebulan tu. Aku harap Cik Senggu tak datang melawatku jua namun sangkaanku meleset. Shift aku afternoon hari ni. ID aku telah digunakan pada kaunter 2, maknanya aku kena masuk bertugas terus. Selalunya, aku memang dah mula nak naik emosi marah sebab kena guna nama untuk buka kaunter. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku cuba untuk memahami keadaan dan pasrah memandangkan semua cashier mengalami nasib yang sama. Aku bawa sekali cermin kecil untuk letak depan kaunter, manatau dapat juga aku tengok keadaan tudung aku yang selalu senget tanpa disedari. Hehe. Namun, adakalanya bila aku ternampak muka aku serius sangat dalam cermin tu, sedaya aku cuba untuk senyum eceria yang mungkin. Hehe

Masa Rehat
Masa berdetik menghampiri jam 3.30 petang, aku segera menyelesaikan urusan pelanggan yang terakhir dan kak Bibi tolong tutup laluan ke kaunterku. Kak Suziana mempelawa supaya aku rehat jam 4.30 ptg nanti tapi keadaan perutku yang tak selesa ini memaksa aku untuk menolak pelawaan tersebut sebab aku makan nasi goreng jak sebelum pergi kerja [Sorry ya kak Suzi] Perutku mula terasa lapar yang mungkin ada kaitan dengan Cik Senggu. Kebetulan lagi hujan renyai2, kira mau pi pasar malam tapi jauh pula lagipun aku tak yakin sangat dengan badan ni nak bergerak jauh. Aku dengan gerakan solo pun terus menuju ke Restoran Mayang Sari yang terletak di belakang Gmart jak pun. Sejenak aku duduk, terus pesan Nasi Goreng Ayam dan Neslo panas. Masa macam ni tak boleh minum air sejuk sangat, nanti makin menjadi lah cik senggu tuh. 

Tengah aku makan tuh, aku perasan seseorang berjalan menghampiri meja makan lalu menarik kerusi di hadapan aku tuh. Rupanya Khai pula. Dengan selambernya dia sound aku sebab aku tak tunggu dia jalan. Terus aku fikir, sejak bila pula aku be'partner' nak pergi rest ni dan dan satu fakta yang aku ingat yang dia kata dia tak mau rest bersama-sama dengan aku. [masa tu, aku dengan khai tak ber'ngam' sangat, selalu bising bergaduh, last2 aku ignore jak dia sampai semuanya kembali aman sedikit] On the spot, "Lol pa hal jua dengan budak ni." melintas di minda aku. Tapi entah, aku lupakan jak apa yg berlaku dan biarkan jak dia duduk situ. Ingatkan dia pesan makan tapau. So, aku teruskan makan dengan Silent yang berpicu. hehe. 

Sekali tiba minuman gelas biru. Hm, sahlah dia makan kat situ jua. Sekali lagi aku tak ambil kesah dan biarkan dia dengan apa adanya. hehehe, again without any words. [Awkward!] Selesai aku makan, memandangkan aku sebenarnya nak cuba memperbaiki cara aku berkomunikasi dengan rakan sekerja atau lebih tepat lagi cuba mengelak keadaan yang janggal, aku cuba juga mencoret perbualan sekadar menjernihkan keadaan yang janggal. Satu lagi fakta, nasib baiklah budak Khai ni peramah lah jugak orangnya so tak lah aku ni macam orang yang melukut di tepi gantang bila bawa dia bercerita. So, the story end there about my rest time.

Masuk Kerja 
Jam 4.30 ptg, thumbprint, Verified. Dari mula aku masuk bertugas tu pelanggan tak habis beratur membayar barang di kaunter. Alhamdulillah, rasa macam tak ada yang buat aku bengang sangat masa bertugas tuh. Aku rasa mood aku baik hari ini kerana perancanganNya. Aku jumpa kak Hasmirah, bekas lawan aku masa jemputan silat di ums dulu, aku cuba ringan-ringankan mulut untuk bertanya khabar. Alhamdulillah bermanfaat, semoga persahabatan ini dapat diperkukuhkan dan diberkati, aamiin. Selepas tuh, aku jumpa pelanggan yang merupakan staf dari Watson, aku cuba bawa bercerita pendek mengenai watson. Lastly, dia kata ada kerja kosong. Mulanya, aku ingat dia tanya pasal kerja kosong di Gmart ni tapi bila aku fikir-fikir balik, aku rasa dia cuba bagitau aku yang masih ada kekosongan di watson tempat dia bekerja. Nampaknya aku dah salah bagi respon jawapan. Moralnya, dengar dengan baik apa yang diperkatakan baru nak respon. hehe

Aku mula rasa tak selesa. Sakit itu semakin jelas buat aku terpaksa mematikan kipas yang terlalu sejuk, membongkokkan diriku agar lega sedikit. Namun, kerja mesti diteruskan jua. Aku cuba menepis segala hasutan dan bisikan yang boleh buat aku bengang dengan karenah pelanggan. Cuba untuk menyelesaikan urusan mereka secepat mungkin walaupun badan memujuk untuk duduk. 

Lama kelamaan, sakit itu mulai reda di sekitar jam 7 malam namun pelanggan kian bertambah. Berseorangan beroperasi di kaunter sendiri sama seperti rakan-rakan cashier yang lain. Kemunculan Mamat di tepiku buat aku hairan seketika. Macam kata Mamat ini kali pertama dia membantu membungkus barang di kaunter dan memang pertama kali jua aku lihat dia berada di kaunter cuba untuk membungkus barang. Aku cuba bagi Mamat tips2 packing barang basah, kering, sabun. Oleh kerana aku sibuk scan barcode barang, jadi aku rasa info yang aku bagi tu cuma sekadar yang umum saja. [Sorry sebab tak berapa nak tunjuk ajar, terima kasih juga sebab datang membantu aku di kaunter, Thanks Mat ].

Lewat jugak Gmart tutup hari ni sebab ramai pula pelanggan membeli di saat akhir kami nak tutup.

Apapun hari ni, Alhamdulillah.
Gaji masuk sudah di Bank Rakyatku.
Urusan Bisnes mula menerja fikiranku.
Apa kaan tuh? Insyallah. 
Sikit-sikit mendaki bukit kan.

Oyasuminasai, Mata Ashita.

No comments:

Post a Comment