Monday 3 June 2013

The Hand

Sampai sekarang aku masih ingat lagi keadaan itu. Masa seakan-akan terhenti di ketika itu. 

Kejadian ni dah lama sangat tapi still segar dalam ingatan.  Masa tu aku baru tamat sem 1 sesi Julai 2009, student lain yang habis peperiksaan terus enjoy giler berjalan dengan kawan-kawan dorang, nyata aku berbeza. Jadual harianku dipenuhi dengan latihan taekwondo untuk mewakili Politeknik Kota Kinabalu ke Majlis Sukan Politeknik (MSP) bertempat di Polisas, Pahang. 

Bagai impian jadi nyata, aku teringin sangat naik kapal terbang. Akhirnya, buat kali pertama aku naik kapal terbang. Best juga kot. hehe.

Sebenarnya, banyak yang berlaku semasa aku berada di Polisas tuh, but I better keep some of them to myself cause most of them were about to know myself deeply [ Even I don't know myself either]. 

Seperti biasa sebelum bertanding, kena warming up dulu. So, kami buatlah di tengah-tengah gelanggang dalam dewan tu. Dari warming up hinggalah ke asas-asas defend dan block. Entah macamana aku silap mengatur langkah, terjatuh terduduk ketika berundur ke belakang. Terkedu dan malu seketika mencengkamku erat buat aku tunduk memandang lantai gelanggang.

Dan pada ketika itu,

" Amal."

Bila aku mendongak ke atas,


My senior K gave his hand to help me standing. I was like, 'what kind of is this feeling?'. Akalku kata jangan namun tanganku menurutkan kata hati. Pada saat itu, hariku seakan-akan lebih ceria dari yang biasa. 

My final game, ada 2 pusingan. Pusingan pertama aku sudah mulai letih dan penat. Masuk pusingan ke dua, West yg jaga aku masa tu, aku penat + letih + sakit + semangat low, aku bingung dan kehilangan arah dalam mengatur langkah. Then, he was there. He shouted " Amal, angkat ja kaki kau! [ yg bermaksud tendangan chopping kick yang menyasarkan markah di kepala.]". Cuba mengumpul segala tenaga yang masih bersisa, aku push diriku untuk mendapatkan markah terakhir. Wisel berbunyi bagai meragut segala sisa kekuatanku pergi, malunya aku jatuh terduduk di atas lantai itu lagi. Bergelar juara bagi kategori itu, rasa macam nak peluk semua team member, namun kali ini akal berkuat kuasa. 3 pingat emas dan 1 pingat perak di MSP 2009 berakhir. Hanya tawa dan segala kata-kata mengusik yang kedengaran.

Senior K , thanks for letting me reach out to you. You've been encouraged me for most of the moment. Saranghae ehh.. thank you. hehehe just kidding. Cerita dulu-dulu bah kan. heheh

Sekian.

No comments:

Post a Comment