Thursday 13 June 2013

I'm On Training Mode

Assalamualaikum W.B.T, Annyenghaseyo & Konbanwa.

Alhamdulillah, lately aku rasa sibuk sedikit berbanding hari-hari yang sebelumnya. Aku rasa sedikit unsure nak letak tajuk apa, but try to be confident to myself, I choose those word to be this post's title. Hehe.

7 June 2013
Shift aku Afternoon. Seperti biasa aku masuk kerja dan mencari kawan cashier yang belum pergi rehat lagi. Sejenak aku melihat kelibat kak Marcyella, namaku pun dipanggil kena suruh buka kaunter 4. Sedikit hairan kerana aku tertanya-tanya kenapa aku nda mengganti durang yang lain namun aku turutkan saja tanpa banyak soal. Kak Marcyella mendekatiku tika pelanggan yang berbaris mulai berkurangan. 

"Amal, kau kasi cash out."

Aku buat macam cash out biasa, kira berapa keping not RM 100 dan RM 50. Tiba-tiba jak kak Marcyella suruh aku berdiri kat tepi seperti yang durang selalu buat bila kami (Junior Cashier) mula cash out. Gulp! Apakah erti semua ini? Adakah seperti yang aku fikirkan? Under training to be an assistant? Aku cuba bertanya dan mempersoalkan mengenai situasi ini agar aku dapat memahaminya dengan jelas. Tapi Kak Marcyella suruh aku jangan bertanya dan buat ja. [ Uh! -.-" ]Dari satu kaunter ke satu kaunter kami buat cash out.

Cashier Room
Kak Marcyella memperkenalkan aku kepada Bos Norman, "Bos, ini orang dia ar." sambil memegang kedua-dua bahuku. "Ya, saya kenal sudah dia.". Aku hanya mampu tersengih janggal sungguh rasanya.

Masuk-masuk jak terus kena suruh duduk di tempat supervisor kami duduk. Uina? Rupanya kena kira duit terus. Walaupun dah hampir genap setahun aku kerja sebagai junior cashier, bila masa macam ni, aku terus jadi terkial-kial nak kira duit. Tambahan lagi dengan aura Air Conditioner yang memang sejuk sambil diperhatikan depan-depan meja oleh kak Marcyella. Normally, aku kira sekali dua jak bila paking RM 100 dan RM 50. Tapi bila dah masuk keadaan ni, aku kira sampai 3 atau 4 kali bagi memastikan jumlahnya betul berdasarkan slip yang dicetak [ Aku teringat kenangan masa En. Ali check susunan buku ku di rak buku 300 - 399, suspen giler ]. Sambil aku mengira duit tu, kak Marcyella bagi serba sedikit penerangan yang merupakan tugasan yang berbaur dengan perasaan tanggungjawab.

Begitulah serba sedikit hari pertama aku punya training sampai lah sekarang ni. Masuk hari ni, dah seminggu aku training. Aku bagitau ibu dan bapa pasal training ni pun ambik masa dalam 3 atau 4 hari. Ya lah, aku pun tak lah nak bagi harapan sangat dan tak juga nak beliau aku rasa aku ni produk yang gagal dalam kehidupan kan. Aciwaah ayat.

Setakat yang aku belajar ni, cukup buat aku rasa seperti orang yang baru bekerja walaupun dah berbulan lamanya aku berkerja di Gmart KB ni. Banyak ilmu pengetahuan yang baru aku nak grab macam :-

  • macamana nak sediakan duit pokok.
  • nak sediakan duit yang nak di'bank in'kan
  • check report
  • buat claim resit [eh ya ka tuh]
  • Kira overall duit cashier room.
  • Susunatur segala resit, voucher, slip credit card beserta report yang nak dihantar ke HQ.
Sejujurnya, memang banyak lagi yang telah didedahkan kepada aku cuma aku ni kurang catch up sikit dan banyak yang aku ingat-ingat lupa. 

Stock Take
17 - 18 June 2013 ni, Gmart KB buat stock take. Teringat aku stock take aku yang pertama tahun 2012. Terkena bahagian berus gigi yang paling sandi. Mana mau mengasing ikut barcode [ macam sama bila shelving buku di library, hehehe] , mana lagi mau mengira berus gigi. Uh~! Apa pun, kata Kak Nita, the problem has been settled. Hehe. Can wait kunun. 17 June 2013 mula kerja jam 8.00 am sampai jam 12.00 am. Pastu 18 June 2013 mula kerja jam 7.00 am hingga jam 9.30 pm. Confirm penat punya la. Harap-harap aku datang awal masa hari stock take tu nanti. Masa tidurku ni kurang fleksible skit berbanding masa aku di Poli dulu. hehe

Sekian, Kamsahamnida~ Mata Ashita~


No comments:

Post a Comment