Friday 4 October 2013

Engineering Drawing Title Block

Assalamualaikum W.B.T
Anyeonghaseyo & Ohaiyo Gazaimasu

Di pagi Sabtu yang hujan renyai-renyai dekat kolej kediaman Wang ulu ni, aku nak share sikit macamana cara aku buat title block, lebih kurang tips gitu kunun. Bagi panjang ayat sastera sikit. hoho

Step 1
Setting the Apparatus and material [mcm experiment pulak]
Sebagai titik permulaan, kena ada benda ni; yg minuman mango dan extension tu takyah lah. hehehe




  • Papan LK
  • Pembaris T,
  • Set squares
  • A3 paper
  • Gam kertas
  • Pensel 2B 
  • Pemadam baik punya kualiti. hohoho


Step 2

Selepas dah setting elok-elok A3 paper tu atas papan, mulakan dengan membuat satu garisan lurus pada bahagian bawah kertas.

Garisan lurus pada bahagaian bawah
Berdasarkan ukuran yang telah ditetapkan oleh pensyarah aku, jarak garisan lurus dari tepi kertas adalah  10 mm. Ukuran ni katanya adalah ukuran yang lazim digunakan tetapi aku dapati ukuran ni boleh dibuat mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Kalau ikut speksifikasi pensyarah kena buat 8 mm, tapi ikut mana je la. Aku decided untuk ikut ukuran yang standard punya. kang kerja nanti tu kena ikut yang speksifikasi standard la kan. Harap aku kerja dalam bidang ni juak nanti. Aamiin.


Garisan lurus berjarak 10 mm dari tepi kertas bahagian atas
Dan step yang sama boleh digunapakai untuk membuat garisan menegak pada tepi sebelah kiri/kanan kertas. Dah siap untuk proses pertama lah, so akan dapat macam ni lah.

Proses pertama : Done!



Step 3

Buat bahagian tulisan pula
Berbekalkan dengan pensel 2B, dari garisan lurus pada bahagian bawah kertas, buat dua garisan lurus yang mana jarak antara satu sama lain adalah 10 mm. Selesai dengan pensel 2B, tukar pula dengan pensel gred H. Hah, yang ni guna untuk buat garisan lurus dengan jarak 2 mm daripada garisan lurus 2B tadi. Garisan pensel gred H ni, aku gunakan sebagai panduan menulis lambang-lambang huruf. hehehe

Step 4

Tulis mengikut format yang telah pensyarah tetapkan untuk latihan dalam kuliah, jadi terhasil lah Title Block untuk kelas Engineering Drawing aku nanti yang diadakan pada hari Khamis dari jam 8 am - 12 tghri.



Siap, Sekian terima kasih. [Ni cara aku ja, bukan cara yang standaerd punya]

Dah lapar, Jom pi makan. hehehe

No comments:

Post a Comment