Sunday 18 December 2011

Kursus Menjahit Patung 'Angry Bird' Secara Percuma.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. . .

Sempena mengisi masa cuti semester 5 ini, ibuku ajak aku dan adikku mengikuti kursus menjahit Patung 'Angry Bird' secara percuma di Daerah Tuaran anjuran dari Epal Smart Partner (ESP). ESP ini merupakan peluang peniangaan untuk individu yang berminat menjalankan perniagaan di rumah berteraskan misi 'berjaya dalam perniagaan tanpa mengabaikan keluarga. Di samping itu, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyebarkan ilmu kemahiran menjahit bagi individu-individu yang berminat. Selain itu, ia menyebarkan ilmu seni jahitan kreatif yang semakin hari mendapat permintaan yang tinggi.

Hari ini aku berserta ibu dan 2 orang adikku perempuan, bergerak menuju ke Daerah Tuaran yang mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Daerah Kota Belud. Sampai saja kami di tempat ESP Tuaran, dah ada Puan Niliah bersama seorang kawannya. Sebelum bermula sesi kursus, kami mendengar promosi anjuran Epal. Selesai tu, ibu ambil Projek menjahit Peralatan Solat ( RM 199 ), aku ambil projek menjahit replika buah-buahan dan sayur-sayuran ( RM 99 )manakala adikku ( Puen ), ambil projek menjahit 'Beginner Starter' ( RM 89 ), InsyAllah.

Gambarajah 1: Logo Epal.




Setelah itu, kami diberikan helaian-helaian yang siap dipotong:-

  • 5 helaian kain ( untuk badan )
    • 4 helai warna biru
    • 1 helai warna putih
  • 2 helai kain hitam berbentuk bulat. ( mata )
  • 2 helai kain berbentuk V yang tebal ( untuk bulu atas kepala *klu ak, panggil makhota ja.hehe )
  • 2 helai kain kuning berbentuk tiga segi ( paruh )
  • 1 helai kain hitam berbentuk V luas ( kening )
  • 1 helai kain berbentuk bulat ( untuk membentuk kawasan mata saja )
*warna biru itu pilihan sendiri. Boleh guna warna apa pun.

So, bermula lah proses menjahit patung 'angry bird' ini. 

Gambarajah 2: Proses menjahit mata dan dada.
  1. Ambil 1 helai kain biru dan 1 kain putih.
  2. Lukis garisan untuk mata dan sempadan dada.
  3. Jahit atas garisan yang telah dibuat.
  4. Potong bahagian yang tidak diperlukan, tinggalkan bahagian mata dan dada ( kain putih ).
  5. Gabungkan dengan satu helai kain biru lalu jahit ( pada bahagian sebelah saja).
  6. Jahit dengan jarak satu tapak.
  7. kemudian, ambil 2 helai kain biru. Tindihkan antara satu sama lain dan jahit dengan jarak satu tapak (pada bahagian sebelah saja).
  8. Sebelum mencantumkan kedua-dua bahagian tersebut, selitkan makhota dengan arah 'V'nya mengadap ke dalam.
  9. Jahit keseluruhan pencantuman kedua-dua bahagian kain tersebut dengan meninggalkan sedikit ruang umtuk memasukkan 'kekabu'.
Gambarajah 3: kedua-dua bahagian kain yang telah siap dijahit cantumkan.
  1. Terbalikkan hasil jahitan tersebut.
  2. Sebelum memasukkan kekabu, ambil 2 helai kain kuning ( untuk paruh ) dan jahit dengan jarak satu tapak.
  3. Terbalikkan jahitan dan pastikan paruh tersebut muncung sepenuhnya.
  4. Masukkan kekabu di dalam paruh tersebut.
  5. Jahit paruh pada muka 'angry bird' dengan jenis jahitan tersembunyi.
  6. Sesudah itu, masukkan kekabu di dalam ruang patung 'angry bird'.
  7. Setelah cukup mampat (aku ambik 2 1/2 plastik kekabu untuk memastikan ianya mampat), jahitnya dengan jenis jahitan tersembunyi. 
  8. Siap.
Gambarajah 4 : Inilah 'Angry Bird' aku pilihan kain yang berwarna biru.



 Alhamdulillah, hasil daripada tunjuk ajar cikgu Niliah serta izinNya, dapat jua kami menyiapkan patung 'Angry Bird' ne.

Gambarajah 5: Tiga versi 'Angry Bird' yang comel~...(^_^)Y
Perkara Baru Aku Tahu:
  • Cara menjahit jahitan tersembunyi.
  • Cara mencantumkan kedua-dua helaian yang sudah berjahit.
  • Teknik menjahit mata dan dada patung.
  • Ada jenis jarum peniti yang boleh dijahit bersama tanpa mematahkan jarum mesin jahit.





No comments:

Post a Comment