Tuesday 22 January 2013

22 Januari 2013

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

Topik: Tawaran masuk department lain.

Shift aku hari ini adalah shift petang. Begitu banyak masa aku yang terluang pada waktu pagi, namun aku tak sempat nak sarapan atau nak makan tengahari kerana leka tengok tv. Seperti biasa bila shift petang, aku bertolak dari rumah jam 12.15 tghr, target jam 12.25 dah sampai selekoh Kg. Limatok dan jam 12.30 sampai ke G*mart, yup sudah tentu aku seperti pecut 100 meter menuju ke tempat thumbprint dan punch card. hehehe. Ader aku kesah? dorang kawan sekerja yang lain memang dah lali tengok aku berlari-lari kejar masa tuh... jogging kunun

Hari ini hari Selasa. Seperti biasa, kempen kurangkan penggunaan beg plastik. Aku agak terkejut kerana mengikut sumber tertentu, hanya dua kaunter yang buka iaitu kaunter 7 dioperasikan oleh Rimie, dan kak Aneh. Mungkin di kaunter 6 tu, kak Nija yang handle kot disebabkan dua kawan cashier tak datang untuk shift pagi. Huk u loh, kesiannya. Jadi yang dtg untuk shift petang ni, aku, Zana, Nana, dan kak Debra. Khai still cuti, sebab kelmarin dia kemalangan motor. huhu, Kesian budak tu walaupun kadang2 bikin panas.

Aku jaga kaunter Rimie sama seperti kelmarin, Rimie shift ME dan aku AFTER. Sedang aku tenang jaga kaunter, tiba-tiba kak Marcella datang, tanya pasal slip kad kredit Rimie tak jumpa harga RM 58.80. Aku cepat2 belek bawah keyboard, Allamdulillah, ada kat situ. Sebenarnya, aku cemas jugak. Takut hukum karma. Ye lah, masuk hari ini, 2 kali aku take over kaunter Rimie. Aku bukan apa, kerana ada suatu kisah. 

Pada zaman dahulu~ hehehe

Ada haritu, aku shift ME dan Rimie yang tolong jaga kaunter aku. Bila keesokan paginya, kak Marcella kata, slip kad kredit aku hilang! Harganya RM 148.++ lebih. Slip tuh kalau hilang, cashier tuh juga yang kena bayar. Nak naik darah aku ke kepala dengar tuh. Puas cari dekat pc, aku bongkar lagi sampah-sarap dalam tong sampah. Tak jumpa jugak! Check punya check! Rimie yang swipe kad tu. Perghh~! Nak ku amuk, malas dah. Tapi bara api masih ada. Sekarang ni cuba cooling down ja. aku tunggu gaji ujung bulan, baru bayar kad kredit tuh. Oke, case postpone. 

Aku handle kaunter 4 (kaunter yang jarang-jarang customer singgah). Sementara takda customer tu, aku jenjalan pi susun item sana kaunter 6. Tengah-tengah susun2 'Fruitella' tu, muncul pula Danny ( Supervisor). Suruh aku susun susu tepung Anmum. Hoho, ambooi Danny. Ku cuba elak2, dalih2, lastly aku agree nak susun jugak. Sebenarnya, aku lebih suka susun-susun barang daripada berdepan dengan pelbagai karenah customer yang terlalu banyaklah ragamnya.

Almost 87% kerja susun-menyusun aku nak siap, jam tanganku dah 8.55 pm. Memandangkan aku dah cash out awal dan dapat order dari chief cashier supaya sapu dan mop lantai, aku stop susun barang, lipat dan ikat kotak-kotak, dan rushed upstairs to borrow broom from Softline Department. Sambil menyapu tu terserempak lagi dengan Danny. Belum sempat aku nak kepoh minta tolong angkat kotak tuh, dia kata dah buat pun. Borak2, pastu dia offer aku supaya keluar dari department cashier dan masuk department dia. 

"Ambooi, suka lah tuh nak buli aku." 

"Ko nda ngam bah jadi cashier, ko ngam kerja yg lasak2."

Aisemen, boleh pulak macam tuh. Hahaha. 

No comments:

Post a Comment