Saturday 12 January 2013

12 Januari 2013

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. . .

Hari ini shift kerja aku ME ( Morning Evening), masuk kerja jam 8.30 - 12.30 pm pastu rehat sampai jam 5.30 pm baru masuk balik dan habis kerja jam 9.30 mlm. Shift ME ni merupakan salah satu jalan penyelesaian bagi memenuhi tuntutan pihak atasan G*mart untuk melaksanakan Zero OT yang melarang pekerjanya bekerja lebih masa. Al maklum lah, gaji dari RM450 diselaraskan dan dinaikkan ke RM 800 bagi memenuhi tuntutan bajet 2013 pula.

Setakat ini yang selalu kena shift ME, selalunya kepada kami yang ada kenderaan + rumah dekat dengan tempat kerja. Kalau department lain mungkin best kot dapat shift ME ni, boleh balik rumah, tidur, makan, buat kerja yang sesuai waktu siang tapi lain halnya dengan department juruwang macam kami ni. Sebab, walaupun kami balik rumah, tido, makan, tgk tv segala : DUIT di kaunter kalau rugi tetap kami juga yang bayar walaupun semasa ketiadaan kami rakan cashier juga yang tolong jagakan sebab identity kami masih digunakan. So, it merupakan satu pokok kerisauan bagi setiap cashier yang dapat shift ME. Hanya kepercayaan yang mampu melegakan kerisauan, dengan harapan mereka tolong jagakan kaunter dengan sebaik-baiknya.

Rasa bersyukur juga, sebab dapat shift ME di kaunter 7 (kaunter tingkat atas, pelanggan pun tak seramai di kaunter bawah) jadi risiko untuk kerugian adalah tipis tapi masih ada. Tak mengapa, kalau memang dah ditakdirkan rugi, apa boleh buat, yang penting dah cuba berhati-hati di kaunter.

Jam mencecah detik 12.30 pm, aku pun nak gerak dengan motorku, siap shopping lagi untuk makanan di rumah (lapaa~). Habis minum Blackcurrent, aku tengok 'N' dekat motor aku tu tak menyala ertinya ada gear lah. So, aku try nak neutralkan balik tapi tak berhasil lah pula. Dah buang masa seketika di situ, aku pun masuk balik dalam G*mart, nak minta tolong dorang bang Jiejie dan Suhaimi. Setibanya aku di situ, dorang tengah makan, ye la, masa rehat kan.

"Bang, macamana ar mau kaci free tu motor, nda dapat free gear?"

"Nda dapat free?" - Bang jiejie

"Motor baru lagi tu kan." - Suhaimi

Sekilas, aku terfikir jugak. Motor baru tak kan lah rosak dah kot?. Sedang aku tunggu jawapan dorang tu, tiba-tiba Mamat lalu dengan trolinya. Em, minta tolong dengan Mamat lah memandangkan dia free time sikit. haha.

Setelah aku menerangkan sedetail-detailnya, Mamat pun show how it's done. uisemen..haha. Rupanya simple ja, majukan motor tu ke depan sikit, pastu tekan gear. Pastu ulang lah sampai neutral balik. Adedeh! ceteknya pengetahuan aku pasal motor ni. Anyway, thanks Mamat! Info baru untuk aku hari ini.

Dan sekarang ni, dah masuk jam 4.59 pm. Lagi sat nak masuk kerja jam 5.30 pm. Baiklah setakat ni dulu, aku chow dulu nak gi keje. Hehe, Doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin... ^_^

# Asal datang dengan helmet di kepala dan pakai baju bengkel dan geng kerja pun kata " wui, rempit kah?" haha.

No comments:

Post a Comment