Friday 4 January 2013

Tahun 2013 Bagi Aku

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. . .

Menjelang jam 12.00 am pada 01 januari 2013, aku yang baru ja balik dari kerja shift Full, bapa bawa ibu, aku, Puen, dan wena pi jalan-jalan tengok orang lancarkan bunga api di langit. Hehe. Rupa-rupanya ada jua orang lain yang keluar malam-malam tahun baru ni semata-mata nak tengok bunga api di Daerah Kota Belud. 

Status aku di Tahun 2013:

Nama aku Amal dan panggil aku Amal ja. Umur baru mencecah 20 tahun pada 14 Oktober 2012. Masih single but not available. Dah tamat pengajian di Politeknik Kota Kinabalu pada bulan Mei 2012 dalam Diploma Teknologi Pembuatan (Mekanikal). Sekarang bekerja secara tetap sebagai juruwang di G*mart Kota Belud, Sabah sementara menunggu pemohonan UPU untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan, InsyAllah. 

Selama aku bekerja sebagai juruwang ni, banyak suka duka aku tempuhi bersama-sama hati yang sentiasa bergelora dan kepercayaan yang kian ku bina hari demi hari. Ada masanya, aku benci sangat dengan kerja ini sebabnya berhadaan dengan pelbagai ragam manusia yang  beraneka jiwa, berurusan dengan jumlah wang rugi yang perlu dibayar, persekitaran berkerja yang adakalanya mendatangkan tekanan dan perasan marah serta kegeraman atas sebab-sebab yang tak disangka. Apa boleh buat, itulah alam pekerjaan kan. Walaubagaimanapun, pada kebanyakan masa, aku suka dan gembira dengan kerja ini apabila keinginan aku untuk buat kerja itu tak disekat ataupun diarah secara paksa. Secara jujurnya, aku jenis tengok orang juga kalau kena suruh buat kerja. Bak kata pepatah " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Macam tak kena pula kan...pepatah tu, tapi aku faham sangat dengan situasi tu. hehehe. Buat masa ini, aku suka susun item bahagian gula-gula dan jelly-jelly. Al-maklum lah, semangat mau naik gaji RM 800 kot. haha

Apa pun kesoronokan aku aku bekerja adakala tergugat dengan pelanggan yang terdiri dari kalangan kawan seperjuangan aku di zaman dahulu kala. Ada sedikit unsur cemburu melihat dan mendengar mereka giat mengejar ijazah di menara gading. Aku pun ingin berjuang dan berjaya seperti mereka namun apakan daya, aku sendiri tidak sebegitu bijak merancang perancangan hidupku di saat-saat kegentingan aku bersama final projekku. Apa pun ini satu pengajaran buatku, aku yakin perancanganNya yang terbaik buatku.

Kerinduanku kepada subjek Lukisan kejuruteraan datang menjelma kembali. Beberapa hari lalu semenjak tahun baru ini, seringkali teringat-ingat pada kertas lukisan. Kebetulan shift aku ME pada hari Khamis, so jalan-jalan pi kedai Lipson (antara kedai buku di KB), terserempak dengan budak perempuan yang datang beli papan lukisan. Ternyata itu merupakan papan lukisan yang terakhir sebab bila aku datang balik pi kedai tu ada keesokkannya, Aunty tu kata "habis". Buku lukisan kejuruteraan pun dorang tak ada jual. Dah lah, aku tak jumpa kertas-kertas lukisan kejuruteraan yang aku simpan di rak bilikku. Maybe dah kena buang kot masa adik ak kemas2 rak tu. Sabo jer lah.

Soal hati, ehem2. Ada kekeliruan sedikit di situ. Tripple I kunun. Adakalanya kenangan lama dengan begitu mudah menggamit memoriku dan mereka. Dari alunan lagu dan situasi yang semirip kenangan lalu. kekeliruan yang begitu mendesak dan melemaskan aku dari hari ke hari. Hingga lah aku buat keputusan untuk biarkan saja semua itu berlalu. Alhamdulillah, setakat aku rasa sekelumit ketenangan dapat melupakan sebahagia daripada gelora hati yg merindu. Sedikit demi sedikit perasaan tu hilang. maybe aku dah decide nak sibukkan diri sesibuk-sibuknya dengan kerja, doa dan mohon pada Allah agar bantu aku yang sememangnya tak berdaya nak buat semuanya. Walau sekuat mana dan seusaha mana aku cuba untuk menjaga timbangan hidupku agar tidak jatuh terjunam, tiada dayaku melainkan dengan pertolonganNya. Adapun sekilas ingatan dan kerinduan itu lantas aku katakan pada diri, itu semua kisah lama. Hati manusia kian berubah berdepan dengan pelbagai ragam manusia dan pengalaman. Bertemu dengan pelbagai manusia. Aku berharap mereka bertemu dengan insan yang terbaik buat mereka kerana mereka merupakan yang teman terbaik dalam hidupku.

No comments:

Post a Comment