Saturday 5 January 2013

Sekilas Kata-kata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. . .

Terpampang laman facebookku dari lama utama. Sejenak ku buka ruang baru bagi Google dan ku alihkan pandangan ke papan kekunci menaip sesuatu. Kembali ke laman facebook seketika dan ku lihat nama itu terpampang di ruang sembangku.

Terselit perasaan yang sukar untuk aku namakan di dunia nyata kerana segala rasa terkandung di dalamnya. Bagaikan terkaku seketika melihat dan membaca kata-kata sapaan dari orang yang selama ini menjengah di jendela hatiku. Kenapa? baru sekarang muncul. Macam tahu-tahu ja aku nak lupakan dia. Uiseh, hahaha.. Trip2 angau lagi.

Entah kepada siapa aku tujukan persoalan itu. Gelaran yang diberikannya kepadaku buat aku kurang senang selalu. Mengapa harus ada gelaran seperti itu yang seakan-akan mengaitkan aku dengan seorang kawanku. Perkara yang baru aku ketahui dari dunia sempadan sana buat aku rasa sedikit kecewa dan terluka. Mungkin itu kah penerangan di sebalik semua kata-kata yang dia ungkapkan? Ingin sekali ku terangkan hal sebenarnya kepada yang sebenarnya tiada apa-apa seperti yang disangkakan. 

Anehkan dalam masa 1 minit aku sempat memikirkan semua tu, kan best kalau aku buat macam tu masa ambik final exam dulu. =.=" . Niat dahulu untuk lupakan mungkin agak mustahil tapi kalau untuk di simpan ja mungkin kan berhasil. 

Mana mungkin aku dapat lupakan orang yang buat baik padaku dan sentiasa mampu untuk mengembirakan aku dengan IzinNya. Perkenalan aku dengannya sekaligus merubah perspektif bahawa diriku ini tidak layak untuk berkawan mahupun untuk memimpin dikala diri ini diamanahkan tugas untuk memimpin. 

Di saat-saat aku rasa seperti dipinggirkan dan dijauhi oleh mereka yang aku kasihi dengan rasa tanggungjawabku kepada mereka, kupujuk hati yang aku tidak berseorangan, Allah ada bersamaku dan dengan kasih sayangNya, dianugerahkan dia dan beberapa teman hawa yang menerima kekuranganku dan menggembirakan aku serta buat aku rasa dihargai dengan hanya menjadi teman mereka. Mungkinkah kerana budinya aku terpesona? Dia yang aku kenali sebagai seorang jejaka yang baik, ceria, peramah dan pemurah dengan ilmu pengetahuan namun adakalanya terlalu sensitif sedikit, hehe. Sebenarnya, dirinya terlalu baik jika dibandingkan dengan diri ini. Demikian halnya, aku lebih senang untuk menyimpan segala rasa yang ada dan berusaha menghilangkannya dari hari demi hari.

Tersentak aku membaca ayat yang ku taip di kala hati menerawang jauh, seakan-akan ingin memuntahkan segala luahan rasa hati. Lantas akal ku menduga, kesan dan akibatnya. Kemungkinan untuk di terima dan difahami adalah 1% manakala kemungkinan untuk ditolak dan dijauhi adalah 99%. Aku tak tahu kalau aku masih bertahan untuk dijauhi lagi buat sekian kalinya. Ehem, macam tahu-tahu ja aku buat kebarangkalian ni kan. heheh. Lantas, ku alihkan pokok persoalannya. Alhamdulillah. Terselamat dari kenakalan jari jemariku ini. 

Berpura-pura tak kesah tapi hakikatnya, ya Tuhan. Saban hari, hati ini mendoakan dia tatkala teringatkan dia. Kegembiraan dan kebahagianku pasti disempadankan. Akhirnya, masa sekali lagi mengakhiri detik-detik aku bersamanya. 

Jaga dirimu dan hatimu. Walaupun hakikatnya aku sedari, takdirmu bukan untukku dan aku jua bukan untukmu. Namun, aku harap kita tetap jadi kawan untuk sepanjang hayat dan aku dapat jadik seorang kawan yang baik kepadamu. Ya Allah, berkatilah persahabatan ini. Aamiin.

No comments:

Post a Comment