Thursday 4 September 2014

My 5 September 2014

1.03 am
Dah pagi. Macam nda biasa tidur lewat, tapi selalunya aku layan Facebook, Blog, dan Boomz. Namun kali ini, aku rasa macam nak bercerita dengan seseorang. Sepatutnya aku masuk tidur awal sebab esok (eh, hari ni) adalah hari penerbangan aku dari Kota Kinabalu ke Penang kemudian terus balik ke Perlis. Aku perasaan sejak malam nak jalan pi Keningau untuk Saga (kalau aku tak silap) 2011, perasaan gemuruh buat aku berjaga malam terutamanya apabila melibatkan perjalanan yang jauh. 

Gemuruh
Gemuruh, kenapa? Kenapa nak rasa gemuruh? Ini bukan kali pertama balik berseorangan dari KK ke Perlis. Ini kali kedua. Ada beberapa barang yang aku tak kemas lagi (sengaja lambat kemas, layan rasa gemuruh). Kalau ada barang yang tertinggal, Ibu dah pesan awal2 nda mau hantar ke Perlis. Hm. Cuma tiada perasaan mau balik Perlis.

Tekanan???
Kenapa tiada perasaan mau balik Perlis atau lebih tepat lagi, tempat aku belajar di UniMAP? Aku rasa macam masuk ke dunia yang penuh dengan:-
+ tekanan jiwa dalaman aku 
+ silibus pelajaran yang sukar aku nak pelajari 
+ tiada group assignment macam dorang c kojai, waji, uncle jo, jesmi, dan sorang lagi (aku tak sebut lah nama dia kat sini macam aku buat hari tu, tetiba ada block highlight kat nama dia, jadi aku anggap dia tak nak di sebut dalam blog aku ni, tapi aku bagi ja namanya tambey, senang.hahaha
& seorang perempuan kawan rapat aku dalam kelab RP, Che Mirnah 
& dan seorang kakak senior yang aku kenal dan rapat dalam kelab Taekwondo GTF merangkap teman sebilikku semester 2, kak Yui .

Geng Study Poli
Tapi point utama yang aku rasa kena sangat dalam kehidupan di UniMAP tuh, ialah ketiadaan gengku ni masa di Poli. Subjek di Poli tak susah kah? Bahagia kah hidup di Poli? Susah tu susah juga lah, namun aku beruntung ada kawan macam tambey, uncle jo, waji, jesmi, dan kojai. Kalau study group pun selalu dengan dorang ni. Selalunya aku satu kumpulan dengan 4 orang budak tuh, tapi bila keadaan kadang-kadang nda mengizinkan. Aku selalu Out Of The List, jadi terpaksalah cari ahli kumpulan baru, terutamanya bila kerja kumpulan dalam bertiga atau berdua. Sedih gilak perasaan macam tuh. Sebab aku ni nak kata pandai jauh sekali tapi endalah sampai tahap bodoh sangat. Tapi aku langsung tiada keyakinan dalam kerja berkumpulan jadi di sebabkan itu aku selalu berserah nasib jak kalau bab pilih member berkumpulan. Orang yang selalu pungut aku jadi member group dorang, c kojai ni lah. 

Dorang-dorang ni lah aku berani approach minta ajar kalau aku nda faham. Walaupun ada beberapa kalau aku agak terasa hati dengan dorang, tapi bila aku selidik puncanya, asal memang dari aku jua. Aku tak ingat berapa kali aku ulang cakap dengan dorang, "Kalau aku pandai nda jua aku minta tunjuk sma dorang." Namun begitu selalunya aku sabar jak minta ajar sama dorang, tapi kekasaran aku tu memang nda pernah hilang kalau sama dorang. Agaknya dorang dah kebal kot dengan tamparan c amal ni. hahaha. Cuma c kojai aku nda pernah lagi kot berkasar dengan dia, sebab kami rapat pun dekat akhir-akhir semester sudah. 

Bukan setakat belajar ja sama dorang, kalau sudah habis kelas tuh, ramai-ramai ni jalan pi gerai, duduk semeja, makan tengahari sama dorang. Kalau masa makan, c waji dgn c jesmi lah, makan konon guna sudu tapi bila part ayam, guna jua tangan. Haiya, kan bagus kalau makan guna tangan  dari awal. Aku ketawa dalam hati jak. Ada jua aku tanya kenapa dorang buat macam tuh, nanti bau ayam kata dorang. Alalala dorang ni. Hah, cakap bab makan ni, agaknya pertama kali aku jumpa orang yang paling lambat makan. Asal masa makan, dia lah paling lambat habis makan. Alahai tambey. Dari semester ke semeter ditegur, masih tetap macam tuh jua. Akhirnya kami menyerah kalah. hahaha.

Masuk bab gaduh, bergaduh ka kami? Hahaha, aku rasa memang pergaduhan tu nda boleh nda dalam group member. AKu nda tau lah antara dorang, tapi kalau aku, dengan c waji dan c jesmi ni, memang teda lah. C tambey, jangan cakap, aku rasa hampir setiap semester bergaduh dengan budak ni. Bila fikir balik, entah apa lah bah juga yang digaduhkan sangat tu. Kalau c uncle jo, pergh~! Dari semester 1 sampai semester 5 ok ja. Tiba-tiba masa semester 6, tup tap, perang dingin. Tu sebab masa tu aku emo gilak, puncanya sebab aku ni kurang sikit lah pandainya. Uncle jo ni macam biasa dengan lawak dia yang memang bikin panas, cuma selalunya aku nda take to the heart. Entah hari tu, aku tersinggung sikit dengan kata-kata uncle Jo. Habis tersisih sungguh aku kalau tugas berkumpulan masa semester 6 tu, nda bertegur langsung dengan uncle Jo. Tapi masa jamuan di rumah pensyarah, aku cuba buang ego aku dan perasaan aku, pi minta maaf sama uncle Jo. Luckily, he just cool about it, but then, seems awkwardness wont gone away. Hahaha. Apa boleh buat, yang penting everything now is okay. 

Banyak lagi cerita pasal dorang ni, baik, buruk, unik, jahat, nakal, dan aku rasa almost 80% perangai aku  dah exposed dengan dorang. Alhamdulillah, aku kawan juga dengan dorang hingga akhir semester. Sekarang ni, sorang member dah kahwin, c waji, dah ada anak seorang. Cepat gilak masa berlalu kan. haih.

Pergh~~ kalau cerita pasal dorang ni, nak jua satu special post yang khas. hahaha. Hilang sikit gemuruh aku nak jalan esok pagi ni walaupun hanya dengan bercerita pasal dorang melalui tulisan comot ni. hehehe. Gembira walau hanya mengenangkan mereka sepintas lalu dan mencurahkan perasaan itu melalui tulisan ini. I miss them so much ooh. It is impossible to find great member like them at UniMAP.


(Ibu selak langsir pintu bilikku)

"Kau belum tidur mal?"
"Belum."

Nampaknya ibu terjaga akibat lagu "Best English Love Song Ever || Top 50 Greatest Love songs of All Time (Part 1) yang aku pasang terus dari youtube. (Boring dengar lagu yang sama dalam laptop.)

Nak tidur ke tak?
Hm.


2 comments:

  1. uitt..panjang clotehnya...Che doakn kjayaanmu dunia & akhirat.Ngat, Allah ada bersama-sama hambaNYa..keep hwaiting..InshaAllah yang pahit itu xslama-lamanya akan pahit..

    ReplyDelete
  2. hahaha. Alhamdulillah thanks C.P.K. Insya-Allah, moga hari kita lebih baik di hari yang mendatang.. Aamiin.

    ReplyDelete