Monday 9 February 2015

9 Februari 2015


Hari keluar keputusan peperiksaan semester 3 aku, dalam suka ada jua dukanya. Alhamdulillah, pointer aku naik sikit dari pointer semester 2 tapi.... subjek yang aku harapkan untuk lulus dan tak payah repeat lagi. 

"Ibarat belon yang terbang bebas tinggi namun tersepit di celah ranting pokok."

Ya, aku gagal lagi Engineering Mathematics II. Ya Allah. Adakah aku ni memang . . . . .? Hurm. Apa pun, grade math II aku kali ini lebih baik dari grade math II semester 2. Think positive? Ya, itu yang aku cuba lakukan sekarang ini. Walaupun pada hakikatnya, memang sukar mahu fikir hikmah yang positif di sebalik semua ni. 

Aku beranikan diri bagitau keputusan peperiksaanku kepada ibu dan bapa. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja aku bagitau dorang bila aku dah balik Perlis nanti. Tapi hati aku pasti akan resah sepanjang cuti-cuti nak kembali ke Perlis Indera Kayangan ni. So, aku bagitau. Tak lupa juga aku bagitau kegagalan Math II tu. 

"Kau yang pilih mahu ambil tu (kos kejuruteraan rekabentuk produk)." kata bapa.
" Saya pilih design, ingat nda belajar matematik kejuruteaan." balasku pendek.

Nasib baik ibu mencelah, tanya pasal pointer. Entah, masa tu aku memang terasa sedih pula tetiba. Rasa dipersalahkan atas tindakan sendiri. Memang aku salah dah kah pilih kos ni? Itu buat aku berfikir seketika. Ya, memang aku pun yang pilih kos ini. Aku sepatutnya bersedia tanggung segala risiko yang bakal menanti dalam menongkah arus perjalanan ni. Tapi kenapa aku rasa macam tak bersedia? Kalau kata sudah bersedia, mengapa rasa terluka? Wajarkah perasaan sedih ni timbul dek kerana pilihan hati sendiri? And I starting not understand myself. Who else can understand me?

Jiwa oh jiwa... Rasa kebencian dan kemarahan terhadap math II ni bagai disemai tiap saat bila aku fikir semula.Tapi bila fikir semua balik. Ya, salah aku juga. Tak sungguh-sungguh belajar. Aku rasa masa yang paling aku bersemangat nak belajar ialah semasa belajar lukisan kejuruteraan, AutoCAD, CATIA. Ya, subjek-subjek tu yang aku bersungguh nak belajar. Kalau boleh, JANGAN KACAU AKU MASA AKU TENGAH BELAJAR SUBJEK2 TU KALAU TAK MAU KENA MARAH. Hahahaha. walaupun sebenarnya, aku tak mahir sangat dalam subjek tu, tapi ya, perasaannya macam tu. I love the feeling when I study those subject.

Even masa sekolah menengah dulu, subjek lain aku ulangkaji bersungguh juga, tapi tak bersungguh-sungguh macam aku belajar Lukisan kejuruteraan. Dan kali ini pun, aku buat macam tu jua. Sains dan pengiraaan. Sejujurnya, aku memang tak suka nak bergelumang dalam tu bila aku nda faham. Tapi, kalau aku faham, insya-Allah, hati aku ringan sikit nak buat assignment. 

Eh! Eh! Jap.

Aku tau dah apa masalah aku ni. Aku tak suka rasa "susah nak belajar". Tapi apa kan daya, subjek teras aku semester 4 yang akan datang ni hampir semua susah. Aku pun tak tahu macamana mau belajar lagi ni. Adakah otak aku ni nda ngam sudah untuk menuntut ilmu? Hm, gambaran rupa alam pekerjaanku nanti bergantung sebaik mana usaha aku nak menyelamatkan diri dalam lautan Product Design Engineering di UniMAP ni. Tak lupa juga, rezeki itu rahsia Allah. 

Ya, kalau diikuatkan sebanyak mana pun usahaku, rezeki dan hikmah di sebalik kejadian tu adalah milik Allah. So, jangan give up, mal... ada 5 semester lagi aku di UniMAP ni. 

Kadang-kadang, orang yang kita sayang pun boleh buat kita kecewa. 
Kadang-kadang, orang yang paling rapat dengan kita pun boleh buat kita terluka.
Kadang-kadang, banyak kawan pun lebih buat kita rasa terasing dan sepi.
Kadang-kadang, banyak perasaan yang perlu kita sembunyikan dalam diri.
Kadang-kadang, apa yang kita harapkan selalu tak jadi kenyataan.
Kadang-kadang, duka datang menjengah selepas kebahagian di kecapi.
Sebab itu,
Kita kena selalu dekatkan diri pada Allah.
Bila aku baca artikel motivasi,
Sedangkan aku lupa yang aku tengah bernafas dengan tenang saat ini,
Udara yang dihirup mudah jua tanda kasihnya Allah kepada hambanya,
Well, aku bukan berada dalam posisi seorang muslimah yang baik dan sejati,
Tapi sebagai hamba Allah, 
Aku percaya,
Segala kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersirat disebaliknya.
Ku yakin perancanganNya lebih berhikmah dari apa yang aku rencanakan.
Mungkin nanti akan ku temui hikmahnya, 
Esok, lusa, semester depan, atau pun di hari yang aku tak jangka,

Be Strong My Heart.
Stand on your feet.
Move on.
You might fall again in the future, but bear this in mind, this is your story, Amal. Give up is not the way in this story. Try, " put 100% passion and commitment in everything you do.".

Insya-Allah.
God Bless Us. Aamiiiin

3 comments:

  1. 2 kali gagal x bmkna akan gagal selamanya kak amal..:-)

    ReplyDelete
  2. Ya, Insya-Allah. trima kasih atas kata motivasi tu Zaza Zabidin... All the best. (^_^)v

    ReplyDelete
  3. Salam, nak tanya sikit saya junior unimap ni.

    ReplyDelete