Wednesday 2 July 2014

Diary Seorang Rpeanz (Bab 3)

Petang itu, Song Ha Na menumpang bas shuttle ke Indah Permai. Tujuannya keluar semata-mata untuk melayari Facebook walaupun jelas di Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu itu ada wifi nya, namun adakala signal yang tak menentu buat Song Ha Na lebih telus dalam membuat keputusan untuk keluar sahaja.

Belum pun sempat menghabiskan satu jam di cyber cafe Indah Permai itu, nada dering 'Dan Sebenarnya' berbunyi menandakan ada sms masuk dalam telefon nokia 2730 classicnya. Nyata sms itu datang dari Kang Maru, ayat ringkas mengajaknya keluar ke Salut Kelapa Bakar. Hilang tumpuannya seketika berbalas sms, sedar saja, setuju untuk mengikuti rombongan rpeans ke Salut. Dalam perjalanan balik ke Politeknik KK, Song Ha Na singgah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal untuk solat Asar memandangkan waktu solat baru sahaja menjengah ke waktu Asar.

Hairan, tiada sekelibat rpeans yang muncul di perhentian bas, Song Ha Na mengatur langkah ke Cafe setelah Kang Maru memberitahu keberadaannya. Dalam perjalanan Song Ha Na ke Cafe, terlintas satu persoalan yang tak pernah terfikir pun.
"Kenapa aku macam ini? Tak pernah pun sorang yang buat aku balik awal ke poli kalau aku keluar. Kalau ada pun, aku akan biarkan saja, lagipun masing-masing ada tujuan yang nak dituju bukan? Kang Maru, siapa kau dalam hidup ini?"
Malas bergelut mencari jawapan bagi persoalannya, Song Ha Na lupakan saja persoalan itu sebaik sahaja tiba di pintu cafe. Kelihatan seseorang berbaju putih, duduk selang satu meja kebelakang dan berhadapan kaunter, dia Kang Maru. Song Ha Na duduk berhadapan sebelah kanan Kang Maru. Lelaki itu duduk, tunduk dan makan makanannya tanpa bersuara. Entah kenapa, Song Ha Na tidak mampu melontarkan soalan bertubi-tubi, berleter dengan suara yang nyaring seperti selalu. Dia hanya memandang lelaki di hadapan itu dengan pelbagai soalan yang didiamkan di dalam hati.

Tidak lama kemudian, kawan rapatnya datang ke cafe. Dari lagak bicara mereka, yakin lah Song Ha Na, lelaki itu merajuk. Aduhai. Comel. Kemudian, abang angkat Song Ha Na jua turut serta, kesemuanya empat orang. Rancang balik nak pi Salut selepas maghrib. Kang Maru masih tidak banyak memberi reaksi. Selesai solat maghrib di Pusat Islam PKK, Song Ha Na lewat keluar sedikit. Dari jauh lagi, wajah Kang Mari kembali ceria dengan senyumannya yang sememangnya ceria tu. Senyum juga budak ni, detik hati kecil Song Ha Na. Dia hanya mampu menarik nafas lega.

. . .

No comments:

Post a Comment